Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tuisyen berjalan terus di sebalik pandemik

Usaha ClassDo bantu alih kelas tuisyen Mendaki dalam talian diiktraf
Mar 21, 2021 | 05:30 AM



PEMUTUS rantaian jangkitan (CB) yang dilaksanakan tahun lalu bagi membendung penularan Covid19 bermakna pelajar yang mengikuti Skim Tuisyen Mendaki (MTS) tidak dapat ke kelas tuisyen mereka seperti biasa.



Namun ini tidak bermakna bimbingan bagi sekitar 8,000 pelajar MTS itu terhenti begitu sahaja sepanjang CB selama dua bulan.



Ini kerana Mendaki telah berjaya mengalihkan semua kelas tuisyen yang dianjurkan di hampir 90 pusat ke dalam talian, dengan kerjasama ClassDo menerusi bilik darjah mayanya.



Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mendaki, Cik Aidaroyani Adam, berkata kerjasama dengan ClassDo itu bukan yang pertama tetapi merupakan lanjutan daripada kolaborasi terdahulu.



Dua tahun lalu, Mendaki telah menggunakan bilik darjah maya ClassDo untuk menawarkan tuisyen dalam talian bagi pelajarnya pada skala kecil.



"Kami mengalihkan kelas MTS yang dijalankan di masjid ke wadah ClassDo apabila masjid diarahkan di tutup sekitar Mac. Kemudian apabila CB bermula pada April, kami meluaskan penggunaan wadah itu dan mula menawarkan E-MTS.



"Kami mendapati wadah itu amat berguna dan mudah digunakan oleh kedua-dua tutor dan pelajar. Ini telah membolehkan kelas mingguan dijalankan seperti biasa," katanya.



Mendaki masih lagi menggunakan khidmat ClassDo memandangkan beberapa kelas MTS masih dijalankan dalam talian.



ClassDo merupakan antara penerima Anugerah Ketua IT 2021 - Wira Teknologi Dari Krisis bagi kategori Infrastruktur yang disampaikan di majlis Penyampaian Ketua IT Persatuan Komputer Singapura (SCS) baru-baru ini.



Anugerah bagi kategori Infrastruktur itu mengiktiraf individu atau pasukan yang melaksanakan atau mengerahkan wadah khidmat digital secara infrastruktur atau asas yang telah digunakan secara meluas dalam penyediaan khidmat digital untuk memberi manfaat kepada negara atau segmen masyarakat yang besar semasa krisis Covid-19.



Menurut pengasas dan CEO ClassDo, Encik Chung Chiew Farn, pihaknya telah bekerjasama dengan Mendaki sebelum pandemik termasuk bagi menawarkan huraian untuk masalah senarai menunggu yang dihadapi.



"Mendaki adalah antara banyak pertubuhan yang kami bantu. Sebelum dan selepas pandemik, kami telah mengongsi banyak amalan baik dengan Mendaki. Contohnya, kami tidak boleh membawa semua dari kelas tuisyen fizikal bulat-bulat ke dalam talian. Guru tidak boleh sekadar menghidupkan kamera dan meneruskan kelas. ClassDo menawarkan huraian yang berkesan, sesuatu yang menyeronokkan, yang membuat pelajar ingin belajar," katanya.



Encik Chung menambah, beberapa cabaran yang dihadapi berhubung pelajar MTS termasuk penggunaan pelbagai alat untuk mengikuti kelas dalam talian termasuk telefon bijak murah.



Mujur huraian ClassDo tidak memerlukan apa-apa program atau aplikasi untuk dimuat turun. Pelajar hanya perlu klik pautan yang diberikan melalui e-mel, katanya.



Selain itu, ClassDo turut menyediakan semua bahan pengajaran, dan membantu guru mengambil kehadiran pelajar.



Encik Chung berkata sejak pandemik Covid-19, ia telah melihat penggunaan khidmatnya naik 50 kali ganda berbanding sebelumnya, dengan sekolah dan juga syarikat korporat antara yang memanfaatkannya.




"Sebelum dan selepas pandemik, kami telah mengongsi banyak amalan baik dengan Mendaki. Contohnya, kami tidak boleh membawa semua dari kelas tuisyen fizikal bulat-bulat ke dalam talian. Guru tidak boleh sekadar menghidupkan kamera dan meneruskan kelas. ClassDo menawarkan huraian yang berkesan, sesuatu yang menyeronokkan, yang membuat pelajar ingin belajar."
- Pengasas dan CEO ClassDo, Encik Chung Chiew Farn.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >