Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh ditahan beli rokok elak cukai dalam talian

Aug 19, 2021 | 05:30 AM



TUJUH lelaki warga Singapura ditahan awal bulan ini kerana membeli rokok elak cukai daripada pembeli luar negara melalui sebuah platform beli-belah dalam talian popular, kata Kastam Singapura kelmarin.



Mereka ditahan antara 4 dengan 6 Ogos dalam beberapa operasi Kastam Singapura, hasil rujukan pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi, Penguasa (Command) Kargo Udara, yang mengesan bungkusan rokok elak cukai.



Dalam satu posnya di Facebook, Kastam Singapura berkata operasi tiga hari itu tertumpu pada penerima bungkusan beli-belah dalam talian tersebut, dan dijalankan di Woodlands, Tanglin Halt, Tampines, Pasir Ris dan Teban Gardens.



"Siastan mendedahkan semua tujuh lelaki itu menggunakan sebuah platform beli-belah dalam talian popular untuk memesan rokok elak cukai daripada pembeli luar negara," kata Kastam Singapura.



Ia menambah bahawa tiga daripada mereka telah didakwa di mahkamah sementara siasatan sedang dijalankan terhadap empat lelaki itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >