Tujuh hujung minggu panjang pada 2017, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Tujuh hujung minggu panjang pada 2017

Apr 05, 2016 | 12:24 PM

BAGI mereka yang merancang bercuti, terdapat tujuh hujung minggu panjang tahun depan (2017).

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah mengeluarkan satu senarai tarikh cuti umum bagi tahun 2017, dengan sejumlah 11 cuti umum diwartakan.

Tujuh daripada cuti itu jatuh sama ada pada Jumaat, Ahad atau Isnin. Ini berbanding enam hari pada tahun ini.

Tiga hari cuti umum tahun depan jatuh pada Ahad, yang bermakna Isnin esoknya menjadi hari cuti.

Salah satu daripada cuti umum tahun depan jatuh pada Sabtu. Pekerja yang tidak dikehendaki bekerja pada Sabtu berhak mendapat satu hari pelepasan lain atau gaji sehari tambahan sebagai ganti cuti umum itu.

Berita Popular

Pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti umum berhak mendapat gaji sehari tambahan. Selain itu, majikan dan pekerja boleh saling bersetuju bagi pekerja menuntut cuti sehari kerana bekerja pada hari cuti.

Orang ramai boleh mengakses senarai cuti umum bagi 2017 laman web MOM.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map