Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Tujuh lagi tadika MOE dibuka menjelang 2021

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tujuh lagi tadika MOE dibuka menjelang 2021

Aug 06, 2018 | 12:42 PM

TUJUH Tadika Kementerian Pendidikan (MK) akan dibuka menjelang 2021, sebagai sebahagian dari perkembangan yang telah diumumkan awal sebelum ini untuk mempunyai 50 MK menjelang 2023.

Demikian diumumkan Menteri Kedua Pendidikan dan Kewangan, Cik Indranee Rajah, pagi tadi (6 Ogos) ketika melawat MK@Punggol Cove di Sekolah Rendah Punggol Cove.

Dengan pembukaan tujuh tadika tersebut, jumlah keseluruhan MK di sekitar Singapura pada 2021 ialah 36 - dua kali ganda jumlah yang ada sekarang.

Tadika-tadika ini akan bertempat di dalam sekolah-sekolah rendah sedia ada termasuk Sekolah Rendah Meridian, Tampines, West View, Greendale, Cedar, Mayflower dan Zhenghua.

Lokasi itu dipilih antara lain berdasarkan jumlah permintaan serta keluarga muda yang ada di kawasan tersebut, kongsi Cik Indranee.

"Kita mahu memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang. Apa yang penting bagi MOE ialah kemudahan mengakses (tadika tersebut), kemampuan dan pendidikan berkualiti," tambah beliau.
 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3