Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh orang akan didakwa langgar peraturan jarak selamat di Robertson Quay

May 30, 2020 | 01:56 PM



ENAM lelaki dan seorang wanita, berusia antara 30 dengan 52 tahun, akan dihadapkan ke mahkamah pada 2 Jun kerana didakwa melanggar peraturan pemutus rantaian jangkitan.



Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dalam kenyataannya hari ini (30 Mei), mereka adalah antara yang berkumpul di sekitar kawasan Robertson Quay pada 16 Mei lalu, di tengah-tengah langkah pemutus rantaian jangkitan yang dikuatkuasakan pemerintah. 



Awal bulan ini, gambar orang ramai yang tidak mematuhi peraturan jarak selamat menjadi tular di media sosial dengan ada di antara mereka tidak menggunakan pelitup.



Menyusuli insiden tersebut, URA telah mengeluarkan arahan kepada sekitar 10 restoran di Robertson Quay untuk menghentikan penjualan alkohol bawa pulang dengan serta-merta, kerana penjualan tersebut menyumbang kepada jumlah individu yang berkumpul di kawasan itu.



URA dan polis telah menjalankan siasatan terhadap kejadian itu.




 “Kami menggesa orang ramai dan pengusaha perniagaan untuk terus memainkan peranan mereka dalam mematuhi langkah-langkah jarak selamat yang telah dilaksanakan. 





“Marilah kita semua melakukan peranan masing-masing untuk membendung penularan COVID-19,” ujar URA. 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >