Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tujuh sekolah pendidikan khas mula operasi 2022

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



TUJUH sekolah pendidikan khas (Sped) yang dibiayai pemerintah akan memulakan operasi secara progresif di kampus baru di tapak tetap mulai 2022.



Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memastikan kemudahan akses kepada Sped bagi pelajar yang mempunyai keperluan pendidikan khas sederhana hingga teruk.



MOE dalam beberapa tahun telah mengumumkan penubuhan sekolah-sekolah baru ini.



Antara 2017 dengan 219, pihak kementerian telah menyatakan ia akan bekerjasama dengan agensi khidmat sosial Awwa, Persatuan Autistik Singapura, Rainbow Centre dan Persatuan Kebajikan Metta untuk menubuhkan empat sekolah Sped baru.



Ini bagi memenuhi permintaan semakin meningkat bagi tempat untuk pelajar yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD) dengan gangguan intelektual.



Empat sekolah Sped ini ialah Sekolah Eden 2, Sekolah Awwa 2, Sekolah Rainbow Centre 3 dan Sekolah Metta 2, yang akan memulakan operasi di tapak tetap antara 2022 dengan 2024.



MOE berkata nama rasmi sekolah-sekolah ini akan disahkan pada masa pendaftaran sekolah, sebelum sekolah berpindah ke tapak tetap yang baru.



Buat masa ini, setiap nama sekolah baru dikaitkan dengan nama sekolah Sped yang kini dikendalikan oleh pertubuhan yang sama.



Setiap sekolah akan menawarkan 25 tempat setiap tahun dan setiap sekolah akan dapat memuatkan secara keseluruhan 300 pelajar.



Secara kolektif, sekolah-sekolah ini akan menawarkan sehingga 1,200 tempat tambahan.



Mulai 2022, Sekolah Eden 2 akan beroperasi di tapak bekas Sekolah Rendah Hong Kah di Bukit Batok West Avenue 2, manakala Sekolah Awwa 2 akan ditempatkan di bekas Sekolah Rendah Bedok West di Bedok Reservoir Crescent .



Sekolah Rainbow Centre 3 akan ditempatkan di Admiralty Link/Admiralty Lane.



Mulai 2024, Sekolah Metta 2 akan beroperasi daripada bekas tapak Sekolah Rendah Coral di Pasir Ris Street 51.



Secara keseluruhan, terdapat enam sekolah Sped yang disediakan khas bagi pelajar yang mempunyai ASD dengan gangguan intelektual mulai 2021.



Dua lagi sekolah adalah Sekolah Eden dan Sekolah Autistik St. Andrew.



Tahun lalu, MOE juga telah mengumumkan bahawa ia sedang bekerjasama dengan agensi khidmat sosial untuk menubuhkan tiga sekolah Sped baru yang dibiayai pemerintah yang boleh menyokong pelajar dengan keperluan pendidikan khas sederhana yang mempunyai ASD tetapi boleh mengakses kurikulum nasional.



Dua sekolah itu ialah Sekolah Pathlight 2 dan Sekolah Pathlight 3, yang dikelolakan Pusat Sumber Autistik (Singapura).



Sekolah Pathlight 2 akan menawarkan 500 tempat sekolah rendah dan 300 tempat bagi pos-sekolah rendah dengan lokasi tetap di tapak Sekolah Rendah East View mulai 2024.



Sekolah Pathlight 3 akan menawarkan 500 tempat sekolah rendah dan 400 tempat pos-sekolah rendah dengan kampus baru dibina di Tengah, dianggarkan siap menjelang 2027.



Sekolah ketiga akan dikendalikan Hospital Misi St Andrew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >