Tukang gunting rambut serta kempen 'Dadah Itu Haram'
Dec 28, 2019 | 05:30 AM
SEBANYAK 75 kedai gunting rambut Melayu/Islam di serata Singapura akan memaparkan poster dengan mesej 'Dadah Itu Haram' (DIH) di kedai masing-masing, dalam satu usaha bersama akar umbi.
Tujuan mereka: menyampaikan mesej tegas mengenai bahaya dadah, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam.