SEBAGAI graduan baru dalam jurusan Diploma Kejuruteraan Mekatronik daripada Politeknik Nanyang, Encik Muhammad Faiz Mohamed Faisal, 24 tahun, pada awalnya berhasrat mencari pekerjaan dalam bidang yang menjadi pilihannya semasa di politeknik.
Bagaimanapun, sejurus setelah menamatkan Perkhidmatan Negara (NS), anak sulung dua beradik itu terpaksa berhadapan dengan kesukaran mencari pekerjaan dalam industri tersebut sehingga beliau membulatkan tekad mencuba bidang lain pula.