Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tukar dari kejuruteraan marin ke kimia demi jadi 'lebih lengkap'

Sertai syarikat Linde yang melabur $1.9 bilion di Pulau Jurong
Aug 29, 2019 | 05:30 AM



SEJAK sekian lama, Encik Muhammad Asri Rokim telah terpanggil menjadi seorang jurutera kerana personalitinya yang aktif, suka kerja fizikal dan mencari huraian.



Didorong oleh misi mencari cabaran baru, kini Encik Muhammad Asri, 30 tahun, menyandang tugasan sebagai jurutera mekanikal dalam sektor kimia - langkah baru selepas menjadi seorang jurutera limbungan kapal selama empat tahun.



Lulusan bidang kejuruteraan mekanikal Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu, telah menyertai kumpulan gas industri dan kejuruteraan, Linde pada tahun lalu, demi menjadi seorang jurutera yang 'lebih lengkap'.



Semasa dihubungi, Encik Muhammad Asri menceritakan bukan mudah untuk berubah industri - daripada marin kepada kimia - meskipun dalam bidang kerja sama.



Menyifatkan pengalamannya bekerja dalam sektor marin sebagai satu kembara yang mencabar, beliau berkata:



"Selama empat tahun dalam sektor marin, ia sebenarnya telah membentuk dan melatih saya dari segi fizikal dan mental.



"Ia juga membantu saya menimba kemahiran menguruskan orang dan memastikan saya dapat melakukan kerja menepati jadual ditetapkan.



"Umumnya, sektor marin ini memang dinamik dan bergerak pantas."



Namun, Encik Muhammad Asri, yang sudah berumah tangga tidak mahu berpeluk tubuh dan berpuas hati dalam zon keselesaannya.



Jurutera bermotivasi tinggi itu, menanam hajat untuk terus pertingkatkan diri dan memanfaatkan potensinya sepenuhnya.



"Saya mahukan cabaran baru dalam kerjaya saya, khususnya sesuatu yang boleh mencabar saya dari sudut intelektual juga.



"Saya fikir ini yang harus dilakukan oleh seorang jurutera, dan bukan hanya dicabar dari segi fizikal atau mental sahaja.



"Pada masa itu, saya bercita-cita menjadi seorang jurutera yang seimbang yang memiliki kemahiran teknikal yang tepat dan tahu bagaimana untuk mengaplikasikan kemahiran itu," jelas beliau yang mewarisi beberapa sifat bekerja ayahnya, seorang teknisyen kanan di Exxon Mobil, seperti suka kerja fizikal dan tidak suka terbatas di meja kerja.



Apa yang diburu beliau, akhirnya ditemui di syarikat Linde - yang menawarkan beliau bermacam peluang dan pendedahan untuk menjadi jurutera yang diimpikan.



"Tentunya, bila bertukar industri daripada marin ke kimia, kekhuatiran membayangi fikiran saya sebab tanggungjawabnya sudah berbeza.



"Namun saya berasa beruntung kerana skop kerja sekarang memaksa saya supaya berfikir di luar kotak, di luar zon keselesaan dalam mencari huraian.



"Ini menjadikan saya seorang jurutera yang lebih menyeluruh," terang beliau yang bertugas dengan pasukan penyelenggaraan 12 orang.



Bagi menjalankan tugasannya dengan lebih baik, Encik Muhammad Asri berkata beliau terpaksa banyak belajar dan mengkaji sendiri mengenai industri itu, dengan membaca rencana dan menonton video.



Mengenai masa depannya, beliau positif dengan pelaburan terkini Linde di Singapura.



Kelmarin, syarikat gergasi gas itu telah membuka kemudahan kompleks baru bernilai $1.9 bilion di Pulau Jurong.



"Peluasan ini sebenarnya memberi saya jaminan pekerjaan bagi masa depan, walaupun pada saat ini sahaja, saya sudah merasakan peluang yang ada tidak terbatas.



"Saya berharap ini juga akan memberi saya peluang untuk mengembangkan diri saya lagi, bukan sahaja sebagai seorang jurutera tetapi dalam kemahiran pengurusan.



"Saya benar-benar berharap dapat terus menyumbang tenaga kepada industri," tambahnya.




"Saya mahukan cabaran baru dalam kerjaya saya, khususnya sesuatu yang boleh mencabar saya dari sudut intelektual juga.



Saya fikir ini yang harus dilakukan oleh seorang jurutera, dan bukan hanya dicabar dari segi fizikal atau mental sahaja."
- Encik Muhammad Asri Rokim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >