Tulipmania simbol harapan pesakit barah
Apr 08, 2016 | 05:30 AM
SEKUMPULAN kanak-kanak yang menghidap barah telah menyingsing lengan menanam bebawang tulip bagi satu pameran khas di Taman di Pesisiran, semalam.
Kanak-kanak itu, yang juga benefisiari Yayasan Barah Kanak-Kanak (CCF), bersama keluarga mereka, kakitangan serta sukarelawan taman itu telah membantu menyiapkan pameran bunga 'Tulipmania'.