Tumbuk pemandu teksi: Jururawat dijel lima minggu

AKIBAT marah dengan seorang pemandu teksi yang mengambil gambarnya tanpa izin, seorang jururawat terlatih merampas telefon bimbit pemandu itu dan menumbuknya semasa mereka berada di dalam lif, demikian didengar di mahkamah.

Apabila pintu lif terbuka di aras 11, Encik Tan Kok Peng, 59 tahun, cuba mendapatkan telefonnya kembali.