Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSIDANGAN PERSPEKTIF SINGAPURA

Tumpuan pada kemampanan bakal jejas pekerja tanpa kemahiran relevan

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



TUMPUAN yang semakin meningkat pada kemampanan akan menjejas golongan pekerja kolar biru dan putih dalam setiap industri dan memerlukan mereka mempelajari kemahiran baru.



Apabila pekerjaan berubah, adalah penting untuk mencari jalan bagi memastikan pekerjaan itu masih menawarkan rasa jati diri dan mengekalkan maruah pekerja, kata Cik Winnie Tan, naib presiden kanan untuk kemampanan di firma insurans Great Eastern.



Beliau berkata demikian semalam dalam perbincangan panel semasa Persidangan Perspektif Singapura anjuran badan pemikir Institut Pengajian Dasar (IPS).



Tahun ini, tumpuan telah diberikan kepada kerja dan perbincangan panel bertajuk 'Beralih ke Ekonomi Digital, Hijau dan Peduli: Bagaimana untuk berjaya dalam pekerjaan masa hadapan'.



"Kita perlu memikirkan tentang tujuan dan maruah kerja, bukan sahaja untuk eksekutif kolar putih, tetapi juga untuk pekerja pengeluaran... Apabila pekerjaan mula berubah, bagaimana kita boleh membantu membentuk (pekerjaan) supaya mereka boleh melaksanakannya dengan baik," ujar Cik Tan.



Perbincangan panel dalam talian itu telah dikendalikan oleh felo penyelidik kanan IPS dan ketua Jabatan Masyarakat dan Kebudayaan, Dr Carol Soon.



Ahli panel lain ialah Dr Ng Wai Chong, pengasas dan ketua pegawai eksekutif perundingan penjagaan warga emas Amalan Panjang Umur NWC dan Dr Ong Chen Hui, penolong ketua eksekutif Kumpulan BizTech di bawah Penguasa Pembangunan Media Infocomm (IMDA).



Memberi contoh bagaimana Kesatuan Eropah mengharamkan penjualan kereta baru yang menggunakan petrol atau diesel mulai 2035, Cik Tan berkata peralihan seperti ini memerlukan pekerja untuk segera menimba kemahiran baharu, sekaligus menjadikan latihan semula penting.



Jelas beliau:



"Anda mungkin berada dalam barisan pengeluaran atau menjadi eksekutif jualan atau kewangan dalam industri automobil... Anda perlu mula menimbangkan perkara seperti cukai karbon dalam laporan kewangan anda... bagaimana anda boleh memperolehi kemahiran ini?"



Cik Tan menjelaskan satu cara ke hadapan mungkin adalah memahami "kemahiran berkaitan" atau bagaimana kemahiran baru yang diperlukan oleh pekerja mempunyai kaitan dengan kemahiran yang sudah dimilikinya.



Pekerja juga mesti disokong oleh dasar yang membolehkan pembelajaran dan memberi sumber yang mencukupi kepada orang ramai agar membolehkan mereka mempelajari kemahiran baru, tambah beliau.



"Ini adalah mengenai mewujudkan padang permainan yang sama rata," tekan Cik Tan.



Dalam pada itu, Dr Ng dan Dr Ong menyentuh tentang bagaimana pekerjaan penjagaan seperti jururawat dan pembantu rumah untuk warga tua, serta peranan tradisional seperti juruwang bank telah berubah dan bagaimana pekerja dapat mengikuti perubahan itu.



Ketiga-tiga anggota panel itu juga menjawab soalan daripada seramai 580 orang menerusi dalam talian.



Dr Ong dari BizTech - yang merangkumi beberapa persatuan termasuk Pejabat Program Penyelidikan Kejuruteraan Teknologi dan Sistem Pintar - berkata walaupun pelbagai program dan skim latihan tersedia, ia masih terpulang kepada individu untuk mengambil tanggungjawab dan merancang masa depannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >