Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA BM BERSAMA K. SHANMUGAM

Tumpuan SGSecure seterusnya

Feb 12, 2017 | 05:30 AM



GERAKAN nasional SGSecure telah pun mendekati sekitar 34,000 keluarga di estet kejiranan manakala aplikasi SGSecure pula telah dipasang ke lebih 210,000 alat mudah alih.



Memberikan laporan terkini, Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam berkata gerakan yang baru dilancar September lalu itu sedang berjalan dengan baik.



Menyusuli usaha mendekati penduduk di kejiranan, tumpuan seterusnya ialah menyampaikan mesej gerakan itu ke premis komersial.



"Apabila kita melakukan lawatan rumah ke rumah, sesetengah orang tidak ada di rumah kerana bekerja. Jadi, kita perlu bertemu dengan mereka di tempat kerja dan apakah mesej SGSecure yang ingin diterapkan di tempat kerja," ujarnya.



Menurut Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang, pekerja merupakan salah satu segmen yang dikenal pasti gerakan SGSecure selain penduduk di estet kejiranan.



Segmen lain termasuk pelajar di sekolah dan juga kumpulan tertentu.



"Jadi, kami akan bergerak daripada satu segmen kepada satu segmen untuk menerapkan mesej SGSecure ini," tegasnya.



Encik Shanmugam menambah bahawa komponen penting SGSecure ialah ketahanan psikologi yang ada kaitan dengan mencipta ruang persamaan antara masyarakat Singapura yang berbilang kaum.



"Bagi saya, yang penting ialah sikap yang kita masyarakat Singapura saling menyokong satu sama lain. Kita akan melindungi satu sama lain dan tidak akan menuding jari kepada mana-mana pihak.



"Jika serangan berlaku, masyarakat berbilang kaum bersatu, menyokong satu sama lain. Jika itu berlaku, kita akan berjaya," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >