Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tung Lok boleh teruskan operasi

Jan 24, 2019 | 06:42 PM



AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) tidak lagi menggantung lesen khidmat dapur katering Tung Lok Millenium di Singapore Expo mulai hari ini, 62 hari selepas kejadian keracunan makanan yang menjejas kumpulan restoran tersebut. 



Dalam kenyataannya hari ini, NEA berkata bahawa ia berpuas hati melihat langkah yang diambil untuk memperbaiki tahap kebersihan makanan dan operasi di dapur Tung Lok yang terletak di 1 Expo Drive boleh diteruskan. 



Kementerian Kesihatan (MOH), NEA dan Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) telah menamatkan siasatan bersama terhadap insiden keracunan makanan tersebut, dengan lebih 190 kes dilaporkan antara 19 dan 21 November tahun lalu. 



Kes-kes tersebut dikatakan berpunca daripada pengambilan makanan yang disediakan di premis Tung Lok bagi satu acara. 



Tiada siapa yang dimasukkan ke hospital dan kebanyakan daripada mangsa telah pulih semasa MOH diberitahu mengenai kejadian keracunan makanan tersebut, menurut kenyataan itu lagi. 



NEA telah menggantung lesen operasi Tung Lok pada 23 November untuk melindungi pengguna daripada risiko kesihatan awam. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >