Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tunggak kejayaan Mariam Jaafar

Ayahnya meninggal dunia
Feb 16, 2021 | 05:30 AM



BAPA kepada Anggota Parlimen (AP) Mariam Jaafar telah menghembuskan nafas terakhir pada malam Jumaat lalu.



Beliau berusia 74 tahun dan telah menghidap mieloma, sejenis barah darah, selama 16 bulan sebelum dijemput Illahi.



Semalam, Cik Mariam yang merupakan AP bagi GRC Sembawang, membuat catatan di Facebook bagi mengenang jasa baik dan pengorbanan arwah bapanya itu yang dikenali ramai sebagai Cikgu Jaafar Haron.



Cik Mariam menulis bahawa arwah bapanyalah yang telah banyak mempengaruhi kehidupan beliau dan keluarga, dan pemergian Allahyarham, yang dipanggil dengan gelaran Daddy, dirasakan ibarat "dunia saya runtuh berlerai".



"Lebih daripada kasih sayang, beliau mempunyai pengaruh yang begitu besar pada kita semua.



"Beliau telah mengubah kehidupan kita dan kehidupan kita menjadi lebih baik kerananya.



"Saya tidak akan menjadi (Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Boston Consulting Group) mahupun seorang AP hari ini, jika bukan kerana Daddy," tulis beliau.



Allahyarham lahir di Melaka dan membesar di Pulau Bukom, kata Cik Mariam.



Selepas sekolah, beliau akan membantu ibunya menjual kuih.



Allahyarham kemudian memulakan kerjayanya sebagai seorang guru bahasa Melayu dan merupakan seorang penterjemah yang hebat, katanya.



Namun di rumah, beliau mengajar anak-anaknya melebihi hanya bahasa Melayu.



"Saya mempunyai ramai guru-guru yang hebat, tetapi bapa saya merupakan guru saya yang paling hebat.



"Segala kejayaan akademik saya di RGS (Sekolah Perempuan Raffles), RJC (Maktab Rendah Raffles), (Universiti) Standford dan Harvard, adalah disebabkan asas yang telah dibina ketika beliau mengajar kami di rumah," tulisnya.



Bahkan, lebih daripada akademik sahaja, Allahyarham turut mengajar anak-anaknya kemahiran kehidupan lain seperti memandu, tambah Cik Mariam.



Mengenang perjuangan arwah bapanya itu menentang barah, beliau menulis:



"Anda telah berjuang dengan tabah, melalui rawatan kemoterapi yang toksik dan berisiko, lagi-lagi disebabkan COPD (penyakit paru-paru obstruktif kronik) dan masalah jantungmu, jangkitan dan kesakitan yang berterusan."



Sekitar 4 petang pada 11 Februari lalu, tahap oksigen dalam tubuh Allahyarham bapanya menjunam, kongsi Cik Mariam.



Beliau dikelilingi anggota keluarga yang masing-masing membaca tahlil dan surah al-Fatihah.



Allahyarham meninggal dunia setelah waktu solat isyak pada hari tersebut.




"Lebih daripada kasih sayang, beliau mempunyai pengaruh yang begitu besar pada kita semua. Beliau telah mengubah kehidupan kita dan kehidupan kita menjadi lebih baik kerananya. Saya tidak akan menjadi (Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Boston Consulting Group) mahupun seorang AP hari ini, jika bukan kerana Daddy."
- Cik Mariam Jaafar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >