Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tunggakan gaji dua tahun diselesaikan dengan bantuan TADM

Jul 19, 2022 | 05:30 AM

KES PEKERJA DIBANTU TADM

SEPANJANG dua tahun bekerja, Daniel (bukan nama sebenar) hanya menerima bayaran sebahagian daripada gajinya, dan tidak menerima bayaran bagi kerja lembur.

Daniel memfailkan tuntutan gaji yang belum dibayar di Pakatan Tiga Pihak Bagi Pengurusan Pertikaian (TADM) untuk mendapatkan bantuan bagi kesusahan yang dialaminya.

Semasa pengantaraan, majikan Daniel tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen atau rekod untuk membuktikan bahawa dia telah membayar gaji Daniel sepenuhnya.

Majikannya menawarkan untuk menyelesaikan pertikaian itu dengan membayar Daniel kurang daripada separuh daripada jumlah tersebut.

Namun, ini ditolak oleh Daniel.

TADM mengesahkan bahawa tuntutan Daniel adalah sah dan jumlah yang terhutang adalah tepat.

Pengantara menasihatkan majikan Daniel untuk membayar jumlah yang terhutang sepenuhnya, dan jika dia gagal berbuat demikian, kes itu akan dirujuk kepada Tribunal Tuntutan Pekerjaan untuk perbicaraan.

Majikan Daniel kemudian menerima nasihat pengantara dan membayar Daniel gajinya yang terhutang sepenuhnya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3