Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:54
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Tunggu 8 tahun laksana hajat arwah anak pergi haji

Aug 18, 2017 | 05:30 AM



ENCIK Abu Bakar Mohamed Shah, 63 tahun, telah menolak dua kali tawaran bagi menunaikan ibadah haji, selepas membuat pendaftaran haji lapan tahun yang lalu.



Ini kerana semasa tawaran itu diterima, wang simpanan beliau, yang bekerja sebagai pemandu semasa itu, masih belum mencukupi.



Di waktu yang lain pula, wangnya itu perlu digunakan untuk hal lebih genting bagi kegunaan keluarga.



Namun, dengan wang simpanan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan insurans arwah anak lelaki sulungnya yang meninggal dunia dalam kemalangan motosikal enam tahun lalu, bukan sahaja Encik Abu Bakar, malah isterinya, Cik Karni Nakhrawi, 62 tahun, dapat turut bersama memanfaatkannya dalam bentuk ibadah haji.



Cik Karni mendaftarkan permohonan menunaikan haji dengan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2012 - tiga tahun selepas suaminya mendaftar.



Beliau masih ingat arwah anak sulungnya itu sendiri yang ingin sangat ibu bapanya menunaikan ibadah haji.



"Saya masih ingat sebelum kemalangan itu berlaku, arwah anak saya berkata dia ingin membantu dan mahukan emak dan bapanya menunaikan ibadah haji.



"Jadi dengan wang CPF, insurans dan Medisave arwah anak saya itu yang dibahagi tiga menurut faraid kepada isteri dan ibu bapanya, maka dapatlah kami memanfaatkan wang itu bagi menunaikan ibadah haji pada tahun ini," kata Cik Karni sambil menitiskan air mata.



Pasangan yang mempunyai empat anak lelaki dan tiga cucu itu dijangka bertolak ke tanah suci esok mengikuti rombongan ejen penjualan (GSA) TM Fouzy Travel & Tours.



Encik Abu Bakar berkata pada mulanya beliau seorang sahaja yang mendapat tawaran pergi haji pada tahun ini kerana beliau mendaftar tiga tahun lebih awal daripada isterinya.



"Namun, disebabkan saya kurang sihat kerana pernah ada masalah sakit jantung dan hati, maka saya merayu kepada Muis agar membenarkan isteri saya pergi bersama saya bagi menunaikan haji pada tahun ini.



"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dan terharu apabila rayuan dan permintaan saya itu diterima," ujar Encik Abu Bakar yang kini pesara.



Laporan lain: Bersiap dengan ikuti kursus haji sejak 5 tahun lalu



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >