AKIBAT sibuk dengan tugas harian, ramai menunggu hingga saat akhir membuat persiapan menyambut Hari Raya, dan sanggup mengharungi kesesakan di Pasar Geylang Serai dan bazar Ramadan di kawasan itu.
Namun, ada orang sengaja tunggu hingga saat akhir kerana mahu merebut potongan harga menarik yang ditawarkan sebahagian pegerai bazar pada akhir Ramadan bagi melariskan barang mereka.