Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tunggu hampir tiga jam untuk dapat penumpang pertama

Mar 16, 2020 | 05:30 AM



SEBELUM penularan wabak Covid-19, pemandu teksi Cik Sulastri Muslim berkata beliau hanya mengambil masa kurang sejam untuk mendapat penumpang apabila beratur di Lapangan Terbang Changi.



Tetapi kini selepas adanya larangan perjalanan selain jumlah pengunjung yang berkurangan ke Singapura, beliau pernah menunggu selama hampir tiga jam untuk mendapat penumpang pertamanya.



Malah, sejak kebelakangan ini, Cik Sulastri, 52 tahun, terpaksa melanjutkan masa bekerja - yang biasanya dari 7 pagi hingga 6 petang - bagi memastikan beliau dapat membayar duit sewa teksi Comfort yang dipandunya.



Kata ibu tiga anak yang telah memandu lebih 20 tahun ini: "Selalunya dalam masa lapan jam saya sudah dapat meraih pendapatan untuk membayar duit sewa teksi dan minyak petrol. Sekarang sampai 14 jam baru dapat 'cover'.



"Pernah beberapa kali juga saya terpaksa buat tokokan sendiri. Secara keseluruhan, sejak koronavirus ini mula menular sekitar sebulan lalu, saya rasa saya dah tokok sekitar $800."



Namun, menurut Cik Sulastri, pakej bantuan yang disediakan pemerintah banyak membantunya sekurang-kurangnya untuk membantu menampung kos sewa kereta.



Setiap hari beliau perlu mempertuntukkan sekitar $125 untuk sewa. Dengan bantuan yang diterima, beliau kini dapat mengurangkannya kepada sekitar $89.



"Saya syukur sangat. Ramai lagi pengangkutan yang terjejas seperti syarikat penerbangan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya dengan bantuan ini, ia dapat juga mengurangkan bebanan," katanya lagi.



Temannya, Cik Sa'diah Rafil, 58 tahun, berkata selalunya sebelum wabak koronavirus menular, sebaik sahaja beliau memulakan enjin, beliau boleh menerima jumlah panggilan dan tempahan teksi bertubi-tubi.



Tetapi kini keadaan berbeza, malah sungguh senyap.



"Kalau selepas tolak sewa dan minyak petrol, saya dapat bawa balik duit gaji $50 kirakan dah cukup bagus.



"Ada pernah selepas bekerja berbelas jam pusing-pusing cari penumpang, saya hanya mampu membawa pulang $10," katanya.



Meskipun demikian, ibu empat anak dan seorang cucu yang sudah memandu sekitar empat tahun ini tidak pernah berputus asa.



Beliau mengalu-alukan terus bantuan daripada kedua-dua pemerintah dan syarikat pengendali Comfort Delgro buat masa ini.



Pemerintah memberikan bantuan $20, manakala pengendali teksi itu pula memberi sekitar $16 setiap hari. Ini bagi memotong harga sewa teksi.



Tetapi bantuan daripada syarikat pengendali itu akan tamat akhir bulan ini. Hanya bantuan pemerintah akan diteruskan sehingga sekitar pertengahan Mei.



Seorang lagi teman mereka, Cik Kalsum Samadi, 61 tahun, yang sudah memandu sekitar 10 tahun berkata pendapatannya merosot sekitar separuh atau ada kalanya sehingga 70 peratus.



"Sekarang pun dah ramai yang bekerja dari rumah, jadi tidak perlu ke pejabat.



"Dan apabila ada kelompok koronavirus diumumkan setiap hari, pastinya tempat itu akan sunyi sepi dalam beberapa hari akan datang. Tempat-tempat biasa menunggu penumpang seperti lapangan terbang, hospital, dan pusat beli-belah agak sepi," katanya



Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu wanita ini yang menggelarkan diri mereka bak "Iron Ladies" berkata mereka tidak akan mengeluh, sebaliknya akan terus berusaha demi penakatan keluarga.



Sebagai sumber pendapatan sampingan, mereka mengambil tempahan makanan kerana mereka juga mahir memasak.



Ini termasuk tempahan makanan seperti nasi beriani, nasi sambal goreng, tahu goreng dan sambal goreng pengantin.



Seorang daripada mereka kemudian akan menghantarnya kepada pelanggan.



"Apa pun kita perlu ikhtiar dan berusaha. Rezeki pun di tangan Allah. Kita perlu kekal positif," kata Cik Sulastri lagi.




"Selalunya dalam masa lapan jam saya sudah dapat meraih pendapatan untuk membayar duit sewa teksi dan minyak petrol. Sekarang sampai 14 jam baru dapat 'cover'.

Pernah beberapa kali juga saya terpaksa buat tokokan sendiri. Secara keseluruhan, sejak koronavirus ini mula menular sekitar sebulan lalu, saya rasa saya dah tokok sekitar $800."



- Cik Sulastri Muslim, yang berkata ada kalanya beliau terpaksa melanjutkan waktu kerja bagi memastikan beliau dapat membayar duit sewa teksi Comfort yang dipandunya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >