Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tunggu 'Silat & Solat' bak menanti anak sulung bagi ustaz

Ustaz Mohamad Bahrul-Ulum Buang cerita pengalaman tulis buku pertama
Apr 08, 2021 | 05:30 AM



BAK menantikan anak pertama.



Itulah yang dirasakan Ustaz Mohamad Bahrul-Ulum Buang, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Silat, mengenai pengalaman menerbitkan buku pertamanya.



Beliau berkata demikian dalam ucapan - dengan rasa gementar - di majlis pelancaran bukunya, Silat & Solat, di Masjid An-Nur semalam.



Tetamu terhormat majlis pelancaran itu ialah Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad.



Setelah berkecimpung dalam dunia dakwah dan persilatan selama 30 tahun, Ustaz Bahrul-Ulum mengongsi bahawa beliau didorong oleh Ustaz Mohd Jakfar Embek untuk menulis buku itu.



"Idea untuk tulis buku ini sudah lama, tetapi saya hanya mula menulis dengan serius tiga tahun yang lalu.



"Saya tulis sikit-sikit sehingga ia menjadi buku sekarang ini," kata Ustaz Bahrul-Ulum, yang juga pengurus Masjid An-Nur.



Beliau menerima komen mengenai silat diutamakan daripada solat dalam tajuk buku itu.



Menurut Ustaz Bahrul-Ulum, ia merupakan tagline penulis selaku pengasas Perguruan Si Rumpun Padi, sebuah perguruan silat di Singapura yang merangkumi kumpulan silat di Masjid An-Nur, Masjid Alkaff Kampung Melayu dan Masjid Ar-Raudhah.



"Dalam setiap sesi latihan, pesilat akan diajak untuk menunaikan solat maghrib dan isyak bersama.



" Jadi silat ini juga sebagai umpan untuk menarik belia ke masjid dan solat bersama," kata Ustaz Bahrul-Ulum.



Sementara itu dalam ucapannya, Encik Zaqy menekankan pentingnya persediaan dalam melakukan sesuatu.



"Saya setuju bahawa persediaan ialah tunggak pertama dan ia penting dalam silat, bahkan dalam segala aspek kehidupan kita, termasuk dalam agama, seperti yang dikatakan dalam buku Silat & Solat.



"Saya berharap masyarakat menitikberatkan aspek persediaan yang penting untuk memulakan sesuatu inisiatif.



"Dalam beberapa hari lagi, kita akan menyambut ketibaan Ramadan.



"Dalam keadaan sekarang, kita menghadapi dugaan besar, iaitu wabak Covid-19, yang memerlukan banyak penyesuaian dan persediaan," kata beliau.



Buku Silat & Solat, yang setebal 344 muka surat, dijual hanya di Masjid An-Nur pada harga $29.



Sebanyak $5 daripada harga itu akan didermakan ke dana masjid tersebut.



Pelancaran buku itu menarik agak ramai hadirin dan antara yang membeli buku itu ialah Cik Asnar Sulaiman, 83 tahun, anak murid Ustaz Bahrul-Ulum yang mengikuti kelas akidah beliau sejak beliau ditugaskan di Masjid An-Nur.



"Saya turut gembira akan kejayaan Ustaz dan telah membeli bukunya untuk memberikan kepada anak dan cucu saya supaya mereka juga dapat membaca dan mengambil panduan daripada buku ini," kata Cik Asnar, yang membeli dua nashkhah buku itu untuk dikongsi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >