Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LIGA PERDANA ENGLAND (EPL)

Turun naik kelab EPL

Jun 05, 2023 | 06:42 AM



LONDON: Manchester City sekali lagi ditabal juara Liga Perdana England (EPL), buat kali kelima dalam enam tahun, walaupun pada satu ketika Arsenal kelihatan bak bakal menjadi juara. Akhirnya, The Gunners terpaksa berpuas hati di tangga kedua, disusuli Manchester United dan Newcastle. Empat pasukan itu layak bersaing di Liga Juara-Juara musim depan.


Berikut reviu prestasi musim 2022-2023 empat pasukan teratas itu serta Liverpool, yang menduduki tangga kelima.

1. Manchester City

Sebuah pasukan yang sukar dibendung dan kini mendambakan tiga mahkota.

Selepas menjuarai EPL, City sedang berusaha memenangi Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Persembahan penyerang sensasi mereka Erling Haaland mengukuhkan lagi pasukan bimbingan Pep Guardiola itu, dan percaturan Guardiola mengubah peranan John Stone menjadi pemain pertahanan dan midfield menjadikan City sukar ditewaskan walaupun persembahannya tidak menentu sebelum Piala Dunia Qatar.







2. Arsenal

Pasukan ini mempamerkan persembahan hebat sepanjang musim yang baru berakhir, memberi persaingan hebat kepada pasukan lain. Pada beberapa ketika, mereka mendaluhui yang lain.

Malangnya bagi Arsaenal, persembahan mereka hambar sedang musim hampir berakhir sedang Manchester City memberi tekanan tanpa henti.

Akhirnya, pasukan pimpinan Mikel Arteta ini keciciran mata dan mahkota EPL terlepas daripada genggaman mereka.

Namun, Arsenal dijangka terus mempamerkan persembahan lebih baik, apatah lagi dengan pemain muda dan lamanya bergabung untuk menghasilkan sebuah pasukan yang digeruni.







3. Manchester United

Pengurus Erik ten Hag layak mendapat pengiktirafan kerana membawa pasukan ini kembali bersaing dalam Liga Juara-Juara pada musim akan datang. Padahal ini musim pertamanya.

Malah, beliau membimbing United memenangi Piala Liga – trofi pertama mereka sejak 2017 – dan kemudian membawa kelab itu ke final Piala FA. Mereka akan menentang Manchester City.

United mengalami nasib ‘turun naik’ sepanjang musim yang baru berlepas.

Meskipun dibelasah teruk 7-0 oleh Liverpool, United terus mengukuhkan pasukannya sedang musim kian berakhir.

Pemain seperti Casemiro dan Lisandro Martinez membawa mutu dan kekuatan kepada United. Namun, ia masih memerlukan seorang penyerang handalan untuk melengkapkan pasukannya.







4. Newcastle United

Kelab ini layak mendapat pujian bagi persembahannya dalam musim yang baru berlalu.

Mereka bijak mendapatkan pemain dan dengan corak permainan yang berbeza, mendorong pasukan bimbingan Eddie Howe ini ke tangga keempat.

Ini dicapai selepas pasukan itu kini dimiliki pemilik Arab Saudi.

Kejayaan itu membolehkan Newcastle menempah tempat di Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam 20 tahun.

Sudah pasti pencapaian itu akan mendorong ia berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan lebih tinggi.







5. Liverpool

Prestasi pasukan bimbingan Jurgen Klopp ini tidak membolehkan mereka menduduki salah satu empat tempat teratas EPL pada musim yang baru berakhir, sekali gus peluang bersaing dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Pastinya ia pencapaian terendah Liverpool sejak beberapa tahun kebelakangan.

Mereka tidak dapat memberikan persembahan baik di padang lawan, terutamanya pada pertengahan musim.

Akhirnya, Liverpool terpaksa menerima kenyataan – mereka hanya layak bermain dalam Liga Europa.

Secara keseluruhannya, persembahan kelab ini mengecewakan bagi Klopp dan penyerang mereka Mohamed Salah.

Menurut laporan, Liverpool sedang berusaha mendapatkan pemain baru seperti Alexis Mac Allister dan Mason Mount.

Cody Gakpo tampak sesuai memainkan peranan yang ditinggal Roberto Firmino, sementara seorang lagi pemain baru, Darwin Nunez, kelihatan kurang meyakinkan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >