Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Twelve Cupcakes sertai kesatuan sekerja makanan

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



KESATUAN Sekerja Makanan, Minuman dan Sekutu (FDAWU) semalam mengumumkan bahawa syarikat pastri Twelve Cupcakes telah menyertai kesatuan itu, setelah pemilik syarikat itu dilanda kontroversi kerana kurang membayar gaji pekerja.



Langkah itu diambil setelah majoriti pekerja Twelve Cupcakes mengundi bagi menyokong tindakan tersebut dalam satu undian rahsia yang dikendalikan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Kesatuan itu, yang berada di bawah naungan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), akan bekerjasama rapat dengan pihak pengurusan untuk meningkatkan kesejahteraan di tempat kerja, menaikkan gaji dan mempertingkat kemahiran kakitangan bagi mempersiapkan mereka untuk pemulihan ekonomi, kata Setiausaha Agung FDAWU, Encik Tan Hock Soon.



Sokongan kukuh dalam undian tersebut "mengesahkan hasrat pekerja bagi kesatuan untuk meningkatkan kebajikan dan prospek kerja mereka", katanya.



Tambahnya, FDAWU berusaha untuk bekerjasama dengan lebih ramai pekerja dan syarikat makanan dan minuman untuk membantu mereka pulih daripada kesan Covid19, kata Encik Tan.



Kesatuan itu kini mewakili lebih 55,000 pekerja.



Dalam satu pos Facebook semalam, setiausaha agung NTUC Encik Ng Chee Meng melahirkan penghargaan kepada FDAWU dan kakitangan NTUC yang telah ke cawangan Twelve Cupcakes serata Singapura untuk bercakap tentang penyertaan dalam kesatuan itu.



"Ini hanya satu permulaan, saya yakin kesatuan itu akan memberi bantuan kepada kededua pihak pengurusan dan pekerja dengan bantuan yang relevan melangkah ke depan," ujarnya.



Bulan depan, pengasas bersama Twelve Cupcakes Jaime Teo akan dijatuhkan hukuman bagi kegagalan untuk menghalang syarikat itu daripada kurang membayar gaji kakitangan asingnya.



Teo, seorang artis hiburan, dan pengasas bersama syarikat itu, Daniel Ong Ming Yu, yang juga bekas suami Teo, menghadapi tuduhan kurang membayar gaji tujuh pekerja antara 2013 dengan 2016.



Hutang gaji berjumlah sekitar $98,900, yang tertunggak semasa syarikat tersebut dimiliki Teo dan Ong, masih belum dilangsaikan hingga kini, lapor The Straits Times.



Teo mengaku bersalah pada 4 Februari lalu atas 10 kesalahan di bawah Akta Pekerjaan Tenaga Kerja Asing. Lagi 14 tuduhan akan dipertimbangkan semasa hukuman.



Ong, seorang mantan deejay radio, pula menghadapi 24 tuduhan di bawah akta itu dan kesnya ditangguh hingga 2 Mac.



Seorang pesalah boleh dijel hingga setahun dan didenda hingga $10,000 bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >