Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UAE hantar makanan bantu mangsa perang di Yaman

Jun 18, 2018 | 04:57 PM



 



AMIRIAH Arab Bersatu (UAE), anggota pakatan berbilang negara yang sedang mengadakan serangan udara di  Hodeidah, Yaman, telah memulakan operasi menghantar barangan makanan bagi sekitar 1.6 juta penduduk, termasuk kanak-kanak dan wanita, di sana.



Sekitar 28,000 tan makanan, termasuk gandum, beras dan makanan lain, sedang dihantar ke sana melalui laut dan udara, dengan kapal kedua yang mengangkut 10,000 gandum dijangka tiba pada Jumaat (22 Jun) ini.



Ia menyusuli kapal pertama - yang tiba di sana pada 10 Jun - yang membawa 65,000 kotak makanan.



Bercakap di satu sidang media hari ini (18 Jun), duta UAE ke Singapura Dr Mohammed Omar Abdalla Balfaqeeh berkata keprihatinan UAE dan pakatan Arab itu adalah untuk menangani krisis kemanusiaan yang kian ketara di sana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >