Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Ubah cara agih bubur percuma demi teruskan amalan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BUBUR RAMADAN

Ubah cara agih bubur percuma demi teruskan amalan

Orang ramai perlu tempah melalui FB bubur restoran Aroma Kampung, nama dan suhu badan mereka dicatat apabila datang ambil
Apr 27, 2020 | 05:30 AM

Penutupan masjid sepanjang Ramadan dek langkah pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19 bermakna tiada bubur diagih di masjid buat buka puasa tahun ini. Namun, beberapa peniaga tetap menyediakannya, memenuhi selera jemaah dan meneruskan tradisi Ramadan. NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) dan ATIYYAH MOHAMED SAID (atiyyah@sph.com.sg) melaporkan tentang pengagihan bubur di Singapura dalam laporan berikut.

AMALAN memberi bubur percuma semasa Ramadan, yang Cik Siti Khadijah Mukhit mula empat tahun lalu, diteruskannya bulan puasa ini, sambil mematuhi langkah-langkah pemutus litar jangkitan koronavirus Covid-19.

Ini dilakukan pemilik restoran Aroma Kampung di Joo Chiat Complex itu dengan membuat penyesuaian pada cara pengagihannya, bagi memastikan jarak selamat demi mengelakkan jangkitan.

Jika pada Ramadan lalu, sesiapa sahaja boleh datang mengambil semangkuk bubur di luar restoran itu, tahun ini mereka perlu membuat tempahan dalam talian atau melalui WhatsApp terlebih dahulu.

Cik Siti Khadijah berkata biasanya beliau akan memuat naik pos di Facebook mengenai pengagihan bubur sekitar 11 pagi dan orang ramai boleh membuat tempahan sebelum 3 petang apabila pengagihan bermula.

Berdasarkan pengagihan pada hari pertama dan kedua Ramadan, beliau berkata sambutan nampaknya baik dengan semua 300 mangkuk bubur yang disediakan dapat diagihkan.

Cik Khadijah menambah bahawa orang ramai juga boleh meminta bubur itu dihantar ke rumah mereka oleh pemandu teksi pada bayaran penghantaran $10.

Orang ramai juga boleh mengatur penghantaran sendiri, misalnya dengan menggunakan khidmat penghantar pihak ketiga dan sebagainya.

"Tahun ini kalau sesiapa nak datang ambil bubur perlu buat tempahan. Apabila mereka datang untuk ambil bubur, kami catat nama dan nombor telefon mereka dan periksa suhu badan mereka.

"Ini adalah langkah berjaga-jaga tambahan yang kami ambil dalam tempoh penularan Covid-19 ini," kata Cik Khadijah, 47 tahun.

Menurut beliau, memandangkan dalam tempoh pemutus litar orang ramai dinasihatkan duduk rumah, restorannya hanya menyediakan 300 mangkuk bubur tahun ini, berbanding 500 pada tahun-tahun sudah.

Selain itu, pengagihan bubur tidak dilakukan setiap hari memandangkan tidak ramai orang keluar rumah sekarang.

"Kami tidak mahu membazir, jadi kami tidak masak banyak dan memang tak sediakan bubur setiap hari.

"Kalau kami nak tambah jumlah bubur yang disediakan pun kami perlu lihat tenaga kerja kami.

"Buat masa ini jumlah kakitangan agak terhad kerana ada pekerja kami dari India yang tidak dapat balik semula ke Singapura disebabkan sekatan pergerakan di negara mereka.

"Pesanan bagi makanan daripada restoran saya juga penuh, jadi memang agak sukar bagi kami.

"Kami masih membuka restoran sepanjang Ramadan tapi hanya untuk dibungkus atau penghantaran," jelasnya.

Menurut Cik Khadijah, beliau menyediakan bubur percuma yang mengandungi bahan seperti kacang, isi ayam dan sayur campur itu sempena Ramadan sejak 2016 untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Selain mengambil peluang beramal dengan menyediakan bubur percuma untuk buka puasa, restoran itu turut bekerjasama dengan kumpulan relawan Project GoodWill Aid yang menyumbang bahan membuat bubur bagi benefisiari mereka dan untuk orang ramai.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3