Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG MENGHANCURKAN PEMIKIRAN PATRIARKI: DARI SUDUT PANDANG LELAKI

'Ubah pemikiran patriarki yang jejas keharmonian keluarga'

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



SETIAP keluarga mempunyai kekuatan yang tersendiri, justeru mereka tidak seharusnya memberi tumpuan hanya terhadap kesetaraan antara kaum lelaki dan wanita, sebaliknya perlu menyedari akan kekuatan dan kekurangan masing-masing dan berusaha untuk melengkapi satu sama lain.



Oleh itu, penting untuk mengubah pemikiran yang bersifat patriakal yang mampu menjejas keharmonian keluarga serta masyarakat.



Perkara ini ditekankan Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, sewaktu sesi dialog yang menyentuh topik "Menghancurkan Pemikiran Patriarki: Dari Sudut Pandang Lelaki" dalam talian semalam.



Acara yang menarik penyertaan lebih daripada 70 peserta kaum Adam itu dianjurkan bersama oleh Casa Raudha dan Emaan Catalyst Community. Ia diadakan sempena gerakan Meraikan Wanita Singapura (#CelebratingSGWomen).



Menurut Encik Zhulkarnain, yang merupakan salah seorang panelis dialog tersebut, pemikiran bersifat patriakal ini hanya merendahkan martabat dan potensi sebenar kaum wanita, justeru beliau menyifatkan perbincangan sedemikian sebagai langkah yang tepat dalam mengakui bahawa isu ini memang wujud.



"Kita perlu prihatin terhadap kelakuan seperti itu dan mencari huraian bagaimana untuk menghentikannya daripada tersebar.



"Kita sebagai kaum lelaki harus ke hadapan untuk membincangkan selain bertanggungjawab terhadap isu ini dan menentang pemikiran bersifat patriakal ini yang sebenarnya boleh membawa kepada aspek negatif masyarakat yang lain," ujar beliau.



Bersependapat, pengerusi baru Casa Raudha, Cik Shahrany Hassan, pula berkata ia penting untuk menunjukkan bahawa mengubah pemikiran bersifat patriarki ini bukanlah sesuatu yang melanggar kepercayaan agama, namun sebaliknya ia lebih kepada memberi hak, peluang dan ganjaran yang saksama.



"Menerusi dialog ini, kita mahu mengubah pemikiran tersebut dari segi kaum lelaki harus berkelakuan tertentu atau dibesarkan dengan cara tertentu.



"Saya rasa dalam usaha untuk memperkasakan wanita, kita memerlukan kaum lelaki untuk melihat, merenung dan menilai kembali bagaimana mereka ditonjolkan, jenis sumbangan yang mereka buat di rumah, terutama dalam hubungan kekeluargaan," jelas Cik Shahrany.



Encik Zhulkarnain menjelaskan bahawa pemikiran sedemikian bukanlah sesuatu yang diwarisi. Beliau enggan percaya bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan prasangka dan pemikiran itu.



"Ia sama seperti bagaimana kita tidak percaya bahawa seorang anak dilahirkan dengan pemikiran yang bersifat perkauman, diskriminasi atau stereotaip jantina," ujarnya.



Menerusi dialog yang hanya melibatkan kaum lelaki, beliau berharap ia dapat memberikan ruang kepada mereka untuk berkongsi tanpa perlu rasa takut dengan tanggapan stereotaip terhadap kaum lelaki.



Lebih dari sesi dialog, Encik Zhulkarnain juga berharap lebih banyak organisasi dapat tampil untuk melibatkan diri dalam usaha ini sebagai rangkaian sokongan.



Selain Encik Zhulkarnain, dialog itu turut disertai Pengarah Eksekutif Emaan Catalyst Community, Encik Hafiz Othman dan Timbalan Pengarah Pejabat Mufti, Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy, sebagai panelis.



Antara isu yang diketengahkan dalam dialog itu termasuklah tanggungjawab bapa dalam sesebuah keluarga, serta nasihat dan bimbingan dari sudut Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >