Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA DENGAN MENTERI PENDIDIKAN

Ubah pendidikan masa depan untuk pelajar muda, warga dewasa

Chun Sing kongsi usaha MOE pastikan rakyat belajar sepanjang hayat
Dec 19, 2021 | 05:30 AM



PERUBAHAN dan cabaran terbesar yang perlu dihadapi Singapura sedang ia melangkah ke depan adalah dalam memastikan sistem pendidikan negara bukan sahaja tertumpu kepada usaha mendidik warga muda tetapi memastikan golongan dewasa dapat meneruskan pembelajaran dan menimba ilmu.



Ini kerana dengan sekitaran bertukar pantas, cabaran bagi setiap masyarakat ialah untuk mempersiapkan anggotanya seiring dengan perubahan.



Bahkan kejayaan sistem pendidikan Singapura bukan terletak pada keputusan yang diraih warganya pada peperiksaan nasional, tetapi sama ada ia mampu memastikan warganya terus belajar sepanjang hayat mereka.



Berkongsi hal demikian dalam wawancara bersama Berita Minggu, Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menambah, perubahan itu adalah "sangat penting dan berlaku bukan sahaja di Singapura, malah di banyak negara lain".



"Hari ini, apabila anak muda memasuki pasaran kerja, mereka berkemungkinan besar tidak akan melakukan tugas yang sama dalam tahun-tahun seterusnya, dan jika mereka lakukan tugas yang sama sekali pun, kemungkinan besar mereka perlu mempunyai set kemahiran lain dengan adanya produk lain.



"Kadar perubahan sudah bertukar dengan pantasnya dan antara cabaran terbesar yang perlu kita hadapi sebagai satu masyarakat ialah bagaimana kita mempersiapkan anak-anak muda kita serta warga kita yang sudah dewasa untuk kekal seiring dengan perubahan tersebut," ujar beliau.



Oleh itu, antara perubahan terbesar yang boleh dijangkakan ialah daripada hanya memberi tumpuan kepada sekitar 40,000 pelajar muda yang bakal tamat persekolahan, melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja sekitar 3 juta orang juga akan merupakan tugas utama.



Menurut Encik Chan, daripada 3 juta orang itu, Singapura mesti bercita-cita meningkatkan ilmu dan set kemahiran sekitar 300,000 individu setiap tahun untuk memberikan mereka kelebihan daya saing tambahan.



"Di seluruh dunia, saya fikir semua orang berdepan cabaran yang serupa.



"Persoalannya ialah negara mana yang boleh membantu warganya dan industrinya maju seiring perubahan dan ini merupakan cabaran bagi seluruh sistem pendidikan - ia kini sistem pendidikan pembelajaran sepanjang hayat dan bukan setakat sistem pendidikan sekolah," ulasnya.



Namun, cara mengajar pelajar dewasa harus berbeza.



"Pelajar dewasa mempunyai sedikit masa dan lebih banyak tanggungjawab serta komitmen kewangan...jadi kita mesti ubah cara kita mengajar pelajar sedemikian.



"Lagi pula, pelajar dewasa belajar semula dengan asas ilmu yang berbeza, ada di antara mereka yang sangat berpengalaman, bahkan mungkin lebih berpengalaman daripada pensyarah dari segi kerelevanan ilmu mereka.



"Oleh itu tugas pensyarah menjadi lebih sebagai fasilitator yang membantu perkongsian ilmu, pembelajaran bersama dan kerjasama antara kumpulan pelajar.



"Justeru, kita perlu memperlengkapkan juga pensyarah di institut pembelajaran berterusan kita supaya mereka dapat mengeluarkan yang terbaik dalam diri pelajar dewasa mereka," jelas Encik Chan.




"Hari ini, apabila anak muda memasuki pasaran kerja, mereka berkemungkinan besar tidak akan melakukan tugas yang sama dalam tahun-tahun seterusnya, dan jika mereka lakukan tugas yang sama sekali pun, kemungkinan besar mereka perlu mempunyai set kemahiran lain dengan adanya produk lain."
- Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing




Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >