Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Setempat

Ubah reka bentuk tong antara projek tingkatkan kadar kitar semula

Nov 23, 2019 | 06:09 PM

EMPAT projek perintis akan diusahakan Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR) sebagai respons terhadap saranan yang dikemukakan Kumpulan Kerja Warga #RecycleRight baru-baru ini.

Saranan-saranan tersebut bertujuan untuk meningatkan kadar kitar semula di kalangan penduduk di Singapura.

Projek tersebut merangkumi usaha membina masyarakat mampan, mengubah reka bentuk tong kitar semula, membangunkan aplikasi yang bertujuan mendorong pengguna untuk ‘dabao’ makanan menggunakan bekas sendiri dan mempertimbangkan skim kembalian wang untuk bekas air.

Langkah-langkah tersebut diumumkan Menteri Kanan Negara (Sekitaran dan Sumber Air) Amy Khor dalam ucapannya di sesi perbincangan dengan kumpulan kerja itu di Temasek Shophouse hari ini.

“Kami berharap dapat merasmikan empat projek perintis serta skopnya pada suku pertama tahun depan. Kami akan melangsungkan percubaan ini, menilai hasilnya sebelum memutuskan sama ada inisiatif tersebut harus diperluaskan,” katanya.

Di bawah usaha untuk membina masyarakat yang lebih mampan, MEWR dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) akan bekerjasama dengan anggota kumpulan kerja itu untuk mengenal pasti beberapa segmen masyarakat demi meningkatkan usaha kitar semula mereka serta mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Ini termasuk mengadakan program untuk ‘influencers’ dan juga pembantu rumah.

Selain itu, antara ciri reka bentuk tong kitar semula baru yang disarankan akan memaparkan panel lut sinar (transparent) dan disertakan dengan papan tanda yang lebih mudah untuk dilihat.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian