Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ubah tumpuan dari kelulusan akademik ke kemahiran, pengalaman: DPM Heng

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



PENEKANAN berlebihan terhadap kelayakan kertas perlu diubah dengan lebih banyak tumpuan diberikan kepada usaha membina kemahiran dan pengalaman supaya pekerja dapat terus kekal relevan dalam ekonomi masa depan.



Justeru, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menekankan betapa pentingnya sikap terbuka untuk belajar sepanjang hayat. Penting juga untuk melakukan yang terbaik dan memberikan komitmen terhadap apa juga kerjaya yang diceburi.



Bercakap dalam dialog alam maya yang membuka tirai Simposium Pendidikan Mendaki semalam, Encik Heng berkata pekerja juga perlu sentiasa mempertimbangkan apa yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat melakukan tugas dengan lebih baik, sama ada dengan meningkatkan kemahiran atau dengan melanjutkan pelajaran.



"Penting untuk kita tumpukan kepada usaha membina kemahiran dan pengalaman.



"Pembelajaran sepanjang hayat perlu dijadikan satu kebiasaan. Saya lihat ramai yang berjaya walaupun tidak mempunyai kelayakan kertas kerana mereka mempunyai kesabaran untuk membina kemahiran dan menimba pengalaman," ujarnya.



Sesi dialog itu bertujuan membincangkan sama ada warga Singapura bersedia menerima definisi kejayaan yang lebih luas dan tidak hanya tertumpu kepada kelayakan kertas, terutama dalam mengharungi keadaan ekonomi masa depan.



Edisi kelima tahun ini diadakan secara maya dan disertai oleh pemimpin masyarakat, pendidik, ahli akademik, penggubal dasar dan ibu bapa.



Menurut Encik Heng, kunci utama adalah mempunyai asas pendidikan yang kukuh dan keupayaan dalam menyesuaikan diri mengikut keadaan ekonomi dan dunia yang berubah dengan pesat.



"Setiap orang berbeza kebolehan, oleh sebab itu, kita perlu membina laluan yang pelbagai supaya semua individu dapat mengenal pasti kekuatan mereka sendiri.



"Namun, yang penting adalah sikap, untuk tidak putus asa dalam mencapai potensi penuh dan berusaha dengan apa sahaja kebolehan dimiliki dan melakukan yang terbaik," katanya.



Menyentuh tentang laluan kejayaan pelbagai yang sedia ada sekarang, Encik Zaqy yang juga Timbalan Pengerusi Mendaki berkata penting untuk setiap individu faham apa yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.



Menekankan pentingnya keupayaan menyesuaikan diri dengan cepat, Encik Zaqy berkata pandemik Covid-19 merupakan peringatan bahawa pekerjaan, perniagaan dan juga peluang boleh terjejas teruk dengan begitu mudah.



"Selain kemahiran teknikal, penting untuk individu menerapkan nilai yang boleh membantu mereka mengharungi cabaran yang pelbagai, seperti sikap daya bingkas, keupayaan menyesuaikan diri dan untuk mempelajari kemahiran baharu dengan pantas," katanya.



Beliau menambah bahawa kini pelbagai peluang serta program tersedia untuk membantu pekerja meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat persekolahan.



"Anda tidak perlukan pendidikan formal untuk mendapatkan akses kepada peluang-peluang yang tersedia dalam pelbagai sektor membangun, contohnya IMDA (Penguasa Pembangunan Infokom Media) menyediakan program koding untuk menceburi bidang teknologi," katanya sambil memberikan contoh tukang gunting rambut yang menukar kerjaya sebagai pembangun softwe selepas melalui program kemahiran yang tersedia.



Meskipun masih ramai belia dan ibu bapa mereka yang meletakkan aspirasi pencapaian akademik, kini ramai contoh teladan dalam masyarakat yang membuktikan keupayaan dan kejayaan mereka tanpa kelayakan kertas, kata Dr. Christine Goh, Universiti Teknologi Nanyang.



"Memang aspirasi ini masih wujud dan saya rasa kita perlu menghormatinya tapi pada masa yang sama, saya rasa kita perlu terus memperluas kemungkinan dan cara lain untuk mencapai kejayaan dan terus menggalakkan orang ramai mempertimbang semula maksud kejayaan dan keupayaan," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >