Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ubat antibarah dapat rawat Covid-19: Kajian Singapura-AS

Apr 08, 2021 | 05:30 AM



SEJENIS dadah yang digunakan dalam rawatan barah mungkin boleh digunakan untuk merawat jangkitan Covid-19 jenis sederhana atau lebih teruk, mengikut kajian oleh penyelidik Singapura dan Amerika Syarikat.



Mereka mendapati Topotecan, yang digunakan dalam kemoterapi, boleh mengurangkan kemudaratan dan kadar kematian akibat Sars-Cov-2 - virus yang menyebabkan Covid-19 - dengan mengurangkan keradangan dalam peparu haiwan ujian di makmal.



Pesakit yang mengalami Covid-19 jenis sederhana atau lebih teruk biasanya mengalami keradangan, satu kesan sistem keimunan ganjil berlaku.



Malah, bagi sesetengah pesakit, reaksi sistem imun ini boleh menyebabkan bahagian tubuh yang dijangkiti dibanjiri sel darah putih, mengakibatkan keradangan teruk, kerosakan tisu dan sering, kematian.



Topotecan berfungsi dengan menyekat respons imun tersebut, mengurangkan risiko kecederaan yang dialami tubuh.



Ini dicapai pada dos lebih rendah berbanding dos yang diberikan kepada pesakit barah, dan seterusnya mengurangkan kemungkinan ada kesan sampingan.



Respons imun ini juga tidak dihapuskan keseluruhannya, dengan haiwan di makmal terus menghasilkan antibodi yang boleh melawan virus.



Hasil kajian itu, yang melibatkan penyelidik daripada Institut Barah Universiti Nasional (NCIS), Singapura dan Sekolah Perubatan Icahn di Mount Sinai, Amerika, diterbitkan di jurnal saintifik Cell pada 30 Mac.



Penulis bersama kajian itu, Dr Anand Jeyasekharan, seorang konsultan dan penolong pengarah jabatan penyelidikan (onkologi perubatan) di Jabatan Haematologi-Onkologi di NCIS berkata:



"Dadah ini telah digunakan bagi merawat barah lebih 25 tahun. Ia boleh diperolehi dengan mudah di serata dunia dan tidak mahal dan mempunyai profil keselamatan yang difahami apabila digunakan manusia.



"Kajian ini tepak pada masanya, memandangkan akses kepada vaksin adalah terhad di peringkat sejagat."



Kajian di makmal yang dilengkapkan dengan berjaya itu telah membuka laluan bagi ujian Fasa 1 melibatkan manusia di India, yang dipilih kerana ia mempunyai bilangan tinggi kes Covid-19 sederhana dan teruk.



Pasukan itu telah menjamin geran kajian bagi ujian tersebut.



Kajian itu disokong oleh Majlis Penyelidikan Perubatan Nasional di bawah Kementerian Kesihatan (MOH) dan Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).



Sekitar 20 pesakit dewasa yang menghidapi Covid-19 jenis sederhana dan sejarah barah akan diambil untuk menyertai kajian itu.



Mereka akan diberikan Topotecan, selain steroid dexamethasone dan dadah antivirus remdesivir, yang kededuanya sedang digunakan untuk merawat Covid-19.



Pesakit barah dipilih kerana mereka menanggung risiko lebih tinggi mengalami penyakit terus dan juga dianggap lebih memahami konsep rawatan kemoterapi.



"Selepas dos yang sewajarnya telah dilaksana dalam Fasa 1, matlamat selanjutnya ialah memberikannya kepada semua kes Covid-19 sederhana, dan bukan pesakit barah saja.



Ujian Fasa 1 bertujuan menentukan dos Topotecan paling rendah yang boleh diberi bagi mengurangkan keradangan yang disebabkan Covid-19, kata Dr Jeyasekharan.



Tempoh ujian ini dijangka antara tiga dengan enam minggu, bergantug pada kepantasan pesakit sesuai diperolehi.



Jika ujian Fasa 1 pertama berjaya, Fasa 2 akan dimulakan, melibatkan kumpulan pesakit lebih besar dan dari negara lain.



Satu vial Topotecan, mengandungi 4 miligram dadah itu, berharga sekitar $60 di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >