Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Uber, Grab akan bayarkan lesen vokasional pemandu

Mar 10, 2017 | 10:47 AM



SYARIKAT kereta sewa privet Uber dan Grab berkata pada Khamis (9 Mac) mereka akan menanggung sepenuhnya kos lesen vokasional baru, yang dianggarkan sebanyak $250, bagi pemandu mereka.

Pemandu kereta sewa privet dikehendaki memohon lesen itu mulai Isnin (13 Mac).

Bagi membantu pemandu mereka, Uber dan Grab telah juga menubuhkan laman web untuk memproses permohonan, yang akan dikemukakan kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), lapor akhbar The Straits Times.

Langkah tersebut jelas bertujuan memastikan mereka tidak kehilangan pemandu disebabkan peraturan baru itu.

LTA mengumumkan pada Khamis ia akan membuka permohonan bagi Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Privet (PDVL) baru itu mulai Isnin. Borang permohonan boleh boleh dimuat turun daripada laman webnya, dan pemandu dikehendaki menghantarnya balik sebelum 30 Jun.

Selepas tarikh itu, mereka diberi masa hingga setahun untuk menamatkan dan lulus kursus PDVL yang selama 10 jam.

Pemandu terlepas tarikh akhir 30 Jun itu mesti berhenti memandu kereta sewa privet hingga mereka mendapatkan PDVL itu.

Uber menganggarkan kos bagi setiap pemandu mendapatkan PDVL ialah kira-kira $250. Ini termasuk bayaran permohonan, kursus dan yuran ujian, dan pemeriksaan perubatan.

Namun, ia mungkin meningkat, umpamanya jika pemandu perlu mengambil ujian literasi bahasa Inggeris.

Walaupun mereka memberi subsidi PDVL, kedua-dua syarikat berkata pemandu tidak semestinya bekerja di platform mereka selepas kursus itu.

Jurucakap Grab berkata: "Kami tidak mempunyai jumlah (subsidi) tetap bagi setiap pemandu. Matlamat kami ialah membantu pemandu rakan kongsi kami mendapatkan PDVL mereka dengan lancar dan kami akan melakukan yang terbaik bagi mencapainya."

Kedua-dua syarikat enggan menyatakan jumlah kos yang akan ditanggung mereka, tetapi terdapat kira-kira 10,500 pemandu sewa privet di bawah mereka, menurut kiraan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

Ini bermakna jumlah kos boleh melebihi $2 juta.

Pengurus Besar Uber Singapore, Encik Warren Tseng, berkata terdapat juga rancangan menubuhkan pusat pemeriksaan kesihatan di pejabat Uber di Paya Lebar, dan mengaturkan bagi instruktor Akademi Teksi Singapura (STA) mengajar kursus PDVL di situ pada waktu malam dan hujung minggu.

Kursus itu, merangkumi pembelajaran bilik darjah selama lapan jamdan dua jam belajar sendiri, akan mendidik pemandu kaedah dan peraturan industri, mutu perkhidmatan dan keselamatan.

LTA berkata ia akan memaklumkan kepada pemandu bagi pendaftaran kursus itu dengan STA selepas ia menerima dan memproses permohonan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >