Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Uber tawar pinjaman kereta bagi yang tak mampu bayar cengkeram 40-50%

Mar 30, 2016 | 09:19 AM



SETELAH setahun melakukannya secara senyap, Uber sekarang mengiklankan skim pinjamannya yang menyasarkan orang yang ingin memiliki kereta tetapi tidak mampu membayar cengkeram 40 hingga 50 peratus yang diwajibkan undang-undang.



Dalam satu iklan media pada Selasa (29 Mac), penyedia aplikasi pengangkutan berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat, itu menyambut tahun ketiganya di Singapura dengan melancarkan skim pinjaman kereta yang seolah-olah melanggar peraturan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Iklan itu berkata pengguna Uber boleh mendapatkan pinjaman hingga 80 peratus daripada harga kereta.



Di bawah skim pinjaman itu, kereta haruslah didaftarkan di bawah nama sebuah syarikat dan boleh digunakan untuk sewa privet, iaitu menawarkan pengangkutan berbayar, walaupun tidak semestinya dengan Uber.



Syarikat itu berkata perjanjian tersebut tidak melanggar sembarang undang-undang di Singapura.



"Skim pemerintah hanya bagi kereta privet biasa," kata Pengurus Besar Uber Singapore, Encik Warren Tseng, kepada akhbar The Straits Times, merujuk kepada syarat cengkeram 40 hingga 50 peatus yang ditetapkan MAS.



Ini disahkan MAS, yang berkata: "Syarat peinjaman kenderaan MAS tidak dikenakan ke atas pinjaman bagi pembelian kereta sewa privet."



Namun, MAS juga berkata: "Pemandu harus sedar bahawa mereka akan menanggung kos tambahan, termasuk premium insurans lebih tinggi, sekiranya mereka menyertai perjanjian itu."



Encik Tseng, bagaimanapun, mendakwa Uber telah "merundingkan perjanjian dengan rakan kongsi insurans yang boleh menawarkan premium serendah $1,300 (setahun) bagi pakej insurans menyeluruh meliputi penggunaan peribadi dan sewa privet".



Menurut sumber industri, premium insurans bagi kereta sewa privet biasanya 3-5 kali ganda lebih tinggi daripada bagi kereta privet biasa.



Pemeriksaan juga mendedahkan kadar faedah yang dikenakan lebih tinggi.



Sebagai contoh, Fu Yiap Motor Trading, salah satu daripada beberapa penjual kereta terpakai yang bekerjasama dengan Uber dalam skim pinjaman itu, mengenakan kadar faedah antara 2.98 dan 3.25 peratus - lebih satu mata peratusan lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan pemberi pinjaman utama lain.



Seseorang pelanggan yang meminjam $60,000 bagi tempoh lima tahun akan akhirnya bayar sekitar $4,000 lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >