Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucap takziah pemimpin S'pura buat Sultan Brunei

Oct 25, 2020 | 02:42 PM



PEMIMPIN Singapura mengirim ucap takziah kepada Sultan Brunei, Haji Hassanal  Bolkiah  Mu’izzaddin Waddaulah di atas kemangkatan puteranya, Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim pada Sabtu (24 Oktober).



Dalam kenyataannya pada Ahad (25 Oktober), Kementerian Ehwal Luar (MFA) melampirkan tiga surat daripada Presiden Halimah Yacob, Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Menerusi kiriman takziahnya, Puan Halimah melahirkan rasa sedih di atas pemergian Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.



“Baginda akan diingati kerana nyala rasanya terhadap seni dan budi baiknya kepada golongan yang memerlukan dan akan dirindui rakyat Brunei Darussalam.



“Bagi pihak warga Singapura, saya menyampaikan salam simpati kepada Sultan Hassanal Bolkiah di atas kehilangan Baginda,” tulis Puan Halimah.



Encik Lee dan isteri turut bersedih di atas kemangkatan Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.



Mengulas tentang putera berjiwa rakyat itu, beliau menulis:

“Putera ‘Azim dikenali kerana budi baik dan semangat memberinya serta dedikasi Baginda terhadap usaha memperjuangkan kerja kebajikan, projek isu pendidikan dan belia.



“Singapura beruntung kerana berpeluang menjadi tuan rumah buatnya di sekolah-sekolah kami ketika Baginda menjalani pendidikan peringkat rendah dan menengahnya di sini.



“Saya mengingatinya sebagai seorang putera berwibawa hasil daripada interaksi saya dengannya dari masa ke masa. Putera ‘Azim akan dirindui.



“Bagi pihak Pemerintah Singapura, saya menghulur salam takziah sepenuh hati kepada Sultan Hassanal Bolkiah dalam tempoh kesedihan ini.”



Dalam ucapan takziahnya pula, Dr Balakrishnan melahirkan rasa sedihnya apabila mendapat tahu tentang kemangkatan Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.



“Menerusi belas ihsan dan empati, Putera ‘Azim memikat jiwa warga Brunei dan semua yang mengenalinya.



“Mohon Sultan Hassanal Bolkiah menerima salam takziah seikhlasnya daripada saya di atas kehilangan Baginda.



“Ingatan saya pada Baginda Sultan sewaktu tempoh sukar ini,” tulis Dr Balakrishnan.



Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim meninggal dunia pada usia 38 tahun dan dimakamkan pada Sabtu (24 Oktober) di Kubah Makam Diraja selepas Asar.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >