Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Keluarga mangsa kemalangan dihujani ucap takziah termasuk daripada PM Lee

Jan 25, 2021 | 08:11 PM



SEORANG pemintal belon bebas yang meninggal dunia setelah dilanggar lori berhampiran rumahnya di Jurong dua minggu lalu menerima banyak ucapan takziah selepas berita kemalangan tragik yang melandanya tersebar.



Antara mereka yang mengirimkan takziah kepada keluarga Cik Or Cheng Khim, 52 tahun, adalah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Adiknya, Cik Samantha Or, 42 tahun, memberitahu akhbar The New Paper (TNP), bapa mereka terkejut apabila menerima surat yang ditujukan kepadanya pada Selasa lalu.



Dalam surat itu, Encik Lee menawarkan ucap takziahnya dan mengingati bagaimana beliau bertemu dengan mendiang Cik Or dua kali apabila beliau membantu membangunkan tembok belon bagi acara privet pada 2018 dan 2019.



Encik Lee juga akur pada rancangan keluarga ini mendermakan organ Cik Or.



"Bapa saya gembira bahawa anak perempuannya diiktiraf Perdana Menteri," kata adik Cik Or yang merupakan pegawai eksekutif pertahanan Pasukan Bersenjata Singapura (SAF).



TNP melaporkan minggu lalu, mendiang Cik Or, yang merupakan guru prasekolah, sedang dalam perjalanan pulang ke rumah dan ingin memberi kejutan manis buat anak lelakinya dengan membawa pulang susyi apabila kemalangan itu berlaku.



Anaknya, Ng Song Ching, 17 tahun, memberitahu keluarganya bersetuju mendermakan organ ibunya kerana itulah yang mendiang kehendaki.



Menurut akhbar Cina, Shin Min Daily News, Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam, turut menemui keluarga mendiang bagi menyampaikan ucap takziahnya.



Beliau yang merupakan Anggota Parlimen kejiranan di mana Cik Or tinggal, turut menawarkan bantuannya kepada keluarga ini termasuk menghubungi pengetua sekolah anak perempuan Cik Or yang berusia 15 tahun.



Menurut adik Cik Or, pengerusi rangkaian penduduk di kondominium eksekutif di mana kakaknya itu tinggal turut menawarkan bantuan, sesuatu yang amat dihargai keluarganya.



"Kami tersentuh kerana warga Singapura mengenang kakak saya. Bukan sahaja sebagai seseorang yang dilanda kemalangan tragik tetapi sebagai insan yang baik hati dan suka membantu orang," jelasnya.



 


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >