Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ucapan kebencian: Pemerintah akan ambil tindakan

Shanmugam berkata ucapan kebencian jejas keharmonian kaum dan agama; kenyataan menteri disokong AP
Apr 02, 2019 | 05:30 AM



MENTERI Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, semalam membentangkan sebab pentingnya Singapura melarang ucapan kebencian demi memelihara keharmonian kaum dan agama di negara ini.



Dalam kenyataan menteri di Parlimen semalam, beliau berkata ucapan kebencian boleh menjejas hubungan antara kaum dan agama serta memecahbelahkan masyarakat.



"Pendedahan berulang ucapan kebencian meningkatkan prasangka, perasaan terancam, dan kecenderungan orang ramai terhadap keganasan.



"Ucapan kebencian boleh membiasakan tingkah laku yang lazimnya dikutuk masyarakat," ujar Encik Shanmugam.



Beliau menakrifkan ucapan kebencian sebagai segala bentuk luahan yang menyebar, menghasut, mempromosi, atau membenarkan kebencian kaum, xenofobia, serta berdasarkan sikap tidak toleransi.



Antaranya termasuk ucapan kebencian agama dan politik, yang boleh disampaikan dalam wacana umum, media massa, serta sebagai sebahagian daripada hiburan, seperti dalam muzik dan teater.



Apabila ucapan sedemikian dikembangkan secara sistematik, ia menjadi sesuatu yang diterima masyarakat untuk mendiskriminasi dan menindas kumpulan tertentu, ujar Encik Shanmugam.



"Satu pengajaran penting adalah tamadun mesti campur tangan awal untuk mengekang ucapan kebencian daripada menjadi satu kebiasaan.



"Sebaik sahaja ia dibiasakan, ucapan kebencian mudah dicetuskan," kata Encik Shanmugam.



Beliau turut menyebut contoh dari seluruh dunia bagaimana ucapan kebencian boleh membawa kepada pembunuhan dan tragedi, seperti Holocaust di Jerman, konflik Tutsi dan Hutu di Rwanda, serta konflik di Rakhine, Myanmar.



Pengalaman Singapura pula menunjukkan isu kaum dan agama serta garisan pemisah boleh mencetuskan perasaan yang emotif.



"Pengalaman Singapura dan negara lain menunjukkan apabila anda jelas dan mempunyai undang-undang tegas melarang ucapan kebencian dan berurusan secara adil dengan semua masyarakat, barulah anda boleh mula membina masyarakat berbilang kaum dan agama yang harmoni.



"Saya fikir dan saya berharap akan ada persetujuan di Dewan ini bahawa apa jua bentuk ucapan kebencian - sama ada agama, politik, hiburan atau sebaliknya - kita mesti terus menganggapnya sebagai tidak boleh diterima.



"Kita harus terus melarang ucapan benci dan menanganinya dengan tegas sebagaimana yang telah kita lakukan sejauh ini," kata Encik Shanmugam.



Katanya lagi, pendekatan tegas terhadap ucapan ofensif walaupun tidak seteruk ucapan kebencian juga harus disekat kerana ia turut memecahbelahkan.



Encik Shanmugam menekankan, pemerintah bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana kumpulan agama.



Pada masa yang sama, pemerintah memberi jaminan kebebasan agama, dan melindungi semua termasuk minoriti daripada ancaman, keganasan dan ucapan kebencian.



Sementara itu, Anggota Parlimen semalam sebulat suara menyokong usul Encik Shanmugam untuk mengekang ucapan kebencian demi memelihara keharmonian kaum dan agama di Singapura.



Laporan lanjut: Rang undang-undang baru tangani berita palsu dibentang



Laporan lain Parlimen:



Usul wadah dalam talian harus terbitkan pembetulan bagi kenyataan palsu



CAAS hanya tarik balik penggantungan Boeing 727 Max bila semua isu keselamatan dihurai



Sekilas: Bilangan PMET diberhenti kerja tahun lalu terendah dalam 4 tahun



AP: Tolak ucapan hasut kebencian



Grace Fu: Rakyat perlu fahami satu sama lain



Reach: Dua pertiga yang ditinjau setuju langkah larang konsert Watain



Ucapan kebencian boleh memecahbelahkan masyarakat



S'pura harus terus larang ucapan kebencian, ambil tindakan bagi menanganinya



Cara NZ tolak mesej pengganasan jadi iktibar



Jika dibiarkan lama-kelamaan ucapan ofensif boleh jadi satu norma



Perlu lihat pada perspektif lebih luas



Ambil pendekatan praktikal, teliti reaksi masyarakat berbeza



Keputusan di sebalik pembatalan konsert Watain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >