Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucapan Presiden Halimah, PM Lee dan Masagos

Apr 03, 2022 | 05:30 AM



SELEPAS dua tahun umat Islam di Singapura terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai sekatan Covid-19, Presiden Halimah Yacob berkata Ramadan tahun ini akan lebih meriah dengan situasi yang bertambah baik.



Namun sedang masyarakat Islam mula menunaikan ibadah puasa di Singapura hari ini, beliau berkata Ramadan juga masa untuk mengenang nasib umat Islam yang berada di tempat yang mengalami persengketaan politik atau yang sedang menghadapi kegentingan ekonomi.



"Kita mendoakan agar dipermudah urusan dan ibadah mereka," ujar Puan Halimah.



Mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa menerusi laman Facebook beliau semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, merakamkan penghargaannya atas kerjasama dan kecekalan masyarakat Melayu/Islam serta kepada pemimpin masyarakat, asatizah dan masjid kerana sabar dan cekap mematuhi peraturan untuk mengekang penularan virus ini.



"Kita belum lagi tiba di garisan penamat, walaupun kita semakin hampir. Marilah kita bersatu padu," ujar Encik Lee.



Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, turut melahirkan rasa syukur kerana Ramadan tahun ini berbeza dibandingkan dua Ramadan yang lepas.



"Dengan langkah-langkah Covid-19 yang diperkemas, sambutan bulan suci kali ini hampir mirip sebelum wabak Covid-19 melanda," ujarnya seraya menggesa masyarakat agar kekal berwaspada dan melindungi satu sama lain daripada wabak yang masih berleluasa ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >