Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucapan selamat bagi Menteri Kewangan Heng Swee Keat terus mencurah

May 13, 2016 | 12:32 PM



PARA menteri, Anggota Parlimen (AP) dan rakyat Singapura daripada semua lapisan masyarakat terus menghantar ucapan selamat kepada Menteri Kewangan Heng Swee Keat pada Jumaat (13 Mei), sehari selepas beliau rebah setelah mengalami angin ahmar semasa mesyuarat mingguan Kabinet.



Beliau diserang angin ahmar secara mengejut disebabkan aneurisme, yang merupakan kelemahan setempat saluran darah.



Encik Heng, 54 tahun, telah menjalani pembedahan saraf awal untuk melegakan tekanan di otak akibat pendarahan, di Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Aneurisme itu telah berjaya ditutup dan Encik Heng kini di bawah jagaan di unit rawatan rapi (ICU), menurut satu kenyataan Pejabat Perdana Menteri pada Khamis malam.



Ia menambah bahawa Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam kini menjalankan tugas Encik Heng sebagai Menteri Kewangan.



Sebuah meja disediakan di Muzium Warisan TTSH pada pagi Jumaat untuk orang ramai meletak hadiah mereka bagi Encik Heng.



Pada pagi Jumaat, Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, memuat naik gambar sejambak bunga dan meminta pengikut Facebook beliau mendoakan Encik Heng.



Mayor Daerah Central Singapura, Cik Denise Phua Lay Peng, menyifatkan Encik Heng sebagai pemimpin semasa Cik Phua menyertai sesi dialog Sembang Singapura Kita dan Jawatankuasa Parlimen Pemerintah (GPC) bagi Pendidikan.



"Anda bukan sekadar buah catur dalam rancangan beliau. Saya tidak dapat beritahu anda betapa saya menghargai gaya kepimpinan beliau," kata Cik Phua dalam pos beliau.



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, berkata Encik Heng seorang kawan hebat dan sentiasa memberi inspirasi.



AP GRC Marsiling-Yew Tee, Encik Alex Yam, berkata Encik Heng "tidak angkuh" dan "anda segera dapat merasakan kemesraan dan kesungguhan beliau", dan menyifatkan beliau sebagai "orang beradab sempurna dan mentor, memimpin dan memberi inspirasi dalam cara tenangnya sendiri, dan sering jauh daripada menarik perhatian".



Mantan AP GRC Tampines, Cik Irene Ng, juga menyifatkan Encik Heng sebagai seorang pemimpin hebat dan seorang insan.



"Beliau bekerja sangat kuat bagi Singapura dan rakyat Singapura," katanya. "Ingatan mesra kami kini bersama keluarganya."



AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada pembangkang Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera, juga mengucapkan agar Encik Heng cepat sembuh.



Pengguna media sosial turut berkongsi mesej mereka dengan hashtags #prayforsweekeat dan #getwellsoonhsk.



Pengguna Stephanie Tang, misalnya, berkata "sumbangan Encik Heng kepada penduduk di GRC beliau, kementerian beliau dan Singapura secara keseluruhannya tidak ternilai".



"Dan lebih penting, keluarga beliau memerlukan beliau."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >