Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:19
Asar
4:33
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Setempat0

Ucapan takziah kian bertambah di media sosial bagi Allahyarhamha Ustazah Latifah Harun, isteri Ustaz TM Fouzy

Jul 30, 2019 | 03:12 PM

Ucapan takziah yang ditulis di media sosial bagi keluarga  Allahyarhamha Ustazah Latifah Harun terus bertambah selepas berita beliau meninggal dunia dikongsi di media sosial dan dilaporkan akhbar ini.

Ustazah Latifah, isteri Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang lebih dikenali sebagai Ustaz TM Fouzy, meninggal dunia sekitar 3 pagi pada Selasa (30 Julai).

Mengumumkan pemergiannya, laman Facebook Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas) berkata:

“Pergas ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga beliau.”

Berita Popular

Ustazah Latifah ialah seorang bekas pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah.

Seorang pengguna Facebook, Cik Nur Atiqah Md Haizan, berkata:

"Terngiang ngiang panggilan penuh manja 'Iqah' yang disebutnya selalu di setiap pertemuan... walaupun dah jarang ketemu, tapi setiap pertemuan pasti terasa kemesraan bersamamu."

Beberapa warga Internet yang lain turut mengucapkan takziah.

 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map