Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Uji persediaan sahut 'kecemasan' di laut

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



KESEDIAAN dan respons operasi Singapura sekiranya berlaku kemalangan feri diuji semalam ketika Penguasaan Kelautan dan Pelabuhan (MPA) menerima satu panggilan kecemasan mengenai "kemalangan" di laut.



Sebuah feri penumpang domestik telah 'melanggar' sebuah objek di bawah air semasa dalam perjalanan dari Pulau Kusu ke Marina South Pier, menyebabkan bahagian badan feri itu rosak teruk.



Dengan feri itu mula dimasuki air, beberapa penumpang panik dan melompat ke dalam laut. Beberapa penumpang juga 'cedera'.



MPA menerima panggilan kecemasan daripada feri tersebut yang meminta bantuan segera, kata agensi itu dalam kenyataannya semalam.



'Kemalangan' itu hanyalah satu senario sahaja yang diberikan kepada para pegawai terlibat dalam Latihan Menyelamat Feri (Ferex) tahunan MPA semalam.



Latihan tahun ini diadakan berskala kecil akibat pandemik Covid-19, dengan sekitar 50 pegawai daripada pelbagai agensi termasuk Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Pasukan Polis Singapura (SPF), Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), dan pengendali feri Sindo Ferry mengambil bahagian.



Lapan kapal dan sebuah helikopter Super Puma telah dikerahkan.



Dalam latihan semalam, pegawai MPA menyelamat sebuah patung yang dibuang ke laut manakala Sindo Ferry mengerahkan rakit keselamatan kecemasan, dan pegawai SCDF mengendalikan Kapal Bomba Tindakan Pantas dekat pada feri untuk menyerupai pemindahan penumpang.



Sementara itu, Pengawal Pantai Polis menutup dan menjaga tapak kejadian, dan helikopter Super Puma digunakan untuk evakuasi perubatan bagi seorang penumpang yang cedera parah, disimulasikan menggunakan patung lain.



Menteri Pengangkutan S. Iswaran, yang memerhati latihan semalam, berkata penggunaan teknologi adalah kunci meningkatkan keupayaan Singapura agar dapat bertindak balas dengan lebih baik terhadap kejadian di laut.



"Keselamatan di laut adalah tanggungjawab bersama," tambahnya.



"Agensi kami dan rakan kongsi mereka kekal komited untuk bekerjasama dengan komuniti maritim untuk memastikan keselamatan penumpang dan anak kapal."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >