Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian ART harian atas pengunjung VTL S'pura mulai 7 Dis; lebih banyak negara dalam kategori berisiko tinggi

Dec 03, 2021 | 10:34 PM



SEMUA pengunjung yang memasuki Singapura melalui Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) mulai 11.59 malam pada 6 Disember akan perlu menjalani rejim ujian harian selama tujuh hari menggunakan Ujian Pantas Antigen (ART).


Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Jumaat (3 Dis) berkata ujian itu semuanya dikendalikan sendiri.


Pengunjung, tambahnya, akan dikehendaki menyerahkan keputusan ART yang diambil sendiri itu dalam talian menggunakan pautan yang akan dihantar kepada mereka melalui butiran hubungan yang diisytiharkan selepas tiba di Singapura.


Peraturan yang lebih ketat itu dikeluarkan di tengah-tengah kemunculan varian Omicron baru bagi koronavirus di banyak bahagian dunia.


MOH berkata pada hari ketiga dan ketujuh, ujian perlu dilakukan di bawah pengawasan di pusat ujian gabungan (CTC) atau pusat ujian cepat (QTC).


Dalam tempoh tujuh hari itu, selain daripada hari apabila mereka keluar untuk ujian yang diselia, pengunjung mesti mendapat keputusan negatif pada ART yang diambil sendiri sebelum keluar pada hari tersebut.


Langkah terbaru itu – yang akan seiring dengan ujian prakeberangkatan dan semasa ketibaan yang diperlukan untuk VTL – juga akan dikenakan kepada pengunjung yang tiba dari Malaysia menggunakan VTL darat mulai 11.59 malam pada 6 Disember.


MOH berkata rejim ujian baru yang dipertingkatkan itu akan dilaksanakan selama sekurang-kurangnya empat minggu, hingga 11.59 malam pada 2 Januari 2022.


Selain itu, pengunjung dari tujuh lagi negara yang datang ke Singapura akan diletakkan dalam kategori berisiko lebih tinggi untuk perjalanan mulai 11.59 malam pada 6 Disember. Negara-negara tersebut ialah: Bulgaria, Hungary, Iceland, Ireland, Luxembourg, Norway dan Poland.


MOH juga berkata semua pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek yang mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke Ghana, Malawi dan Nigeria dalam tempoh 14 hari lalu tidak akan dibenarkan masuk, berpindah atau transit melalui Singapura mulai 11.59 malam pada 4 Disember.


MOH menambah bahawa sekatan itu akan dikenakan kepada mereka yang telah mendapat kelulusan terlebih dahulu untuk masuk ke Singapura, dan akan dilaksanakan untuk tempoh empat minggu, selepas itu ia akan disemak dan dilanjutkan jika perlu.


Varian Omicron pertama kali dikenal pasti oleh Afrika Selatan minggu lalu, dan telah dikenal pasti di berpuluh-puluh negara sejak kebelakangan ini.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >