Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian bagi pelawat hospital: SGH atur sistem SMS, utamakan penjaga berdaftar

Jun 23, 2021 | 05:30 AM



PENJAGA pesakit yang ingin melawat pesakit di Hospital Besar Singapura (SGH) akan diberitahu menerusi SMS bila tiba giliran mereka untuk menjalani ujian bagi Covid-19, kata hospital itu.



Beberapa pelawat ke hospital itu yang pergi ke Blok Bowyer untuk menjalani ujian pantas antigen (ART) kelmarin, tidak dibenar membuat demikian.



Ini termasuk beberapa penjaga pesakit berdaftar yang pergi ke sana sebelum diberitahu supaya berbuat demikian, menurut The Straits Times (ST) dalam laporannya.



Menjawab pertanyaan ST, SGH berkata ia menjalankan ujian bagi penjaga pesakit yang berdaftar terlebih dahulu.



Justeru, penjaga pesakit yang lain akan diberitahu melalui SMS secara berperingkat untuk menjalani ujian, kata ketua khidmat pelawat di SGH Cik Sandra Aw.



Pusat ART di SGH pada masa ini boleh menjalankan sehingga 200 ujian sehari.



Usaha menguji pelawat ke hospital di sini adalah sebahagian usaha senegara untuk menggunakan ujian Covid-19 seperti ART untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Kebanyakan pelawat ke hospital tidak akan dibenarkan berada di sana melebihi tempoh 20 minit yang diberikan, tetapi MOH berkata ia akur ada keadaan luar biasa di mana hospital-hospital mungkin membenarkan pelawat mengadakan kunjungan lebih lama, terutama jika mereka melawat pesakit yang tergolong dalam tiga kategori yang telah ditentukan.



Ini termasuk pesakit yang sakit tenat, ibu yang bersalin atau sejurus selepas bersalin dan pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan, seperti mereka yang mempunyai kekurangan daya mental.



Pelawat yang ke sana untuk menjalani latihan jagaan pesakit juga dibenarkan berada di hospital melebihi tempoh maksimum 20 minit selepas mereka menjalani ART.



MOH berkata ART harus dilakukan pada hari yang sama dengan hari kunjungan dan harus dilakukan oleh kakitangan hospital atau pelawat itu sendiri, dengan diawasi kakitangan hospital.



Pelawat yang boleh menunjukkan hasil ujian ART atau ujian reaksi berantai polimerase (PCR) yang diperolehi dalam tempoh 24 jam sebelum kunjungan itu mungkin boleh dikecualikan daripada menjalani ujian ART. Ini juga benar bagi individu yang menunjukkan hasil ujian PCR Covid-19 positif yang diperolehi dalam tempoh 270 hari sebelum kunjungan tersebut.



Hasil ujian yang diperolehi menggunakan kit ujian sendiri tidak akan dibenarkan, kata MOH.



Ujian harus dilakukan oleh kakitangan hospital atau di bawah pengawasan mereka.



Di SGH, pelawat yang telah melalui ujian dan dibenar memasuki wad untuk bertemu pesakit akan diberikan pelekat khas.



Beberapa hospital lain yang dihubungi ST juga berkata ia akan menawarkan ujian-ujian itu, dengan Hospital Khoo Teck Puat berkata ia juga melancarkan ujian itu kelmarin.



Beberapa hospital lain pula memulakan ART mandatori semalam.



Ini termasuk Hospital Alexandra, Farrer Park, Mount Elizabeth, Mount Elizabeth Novena, Gleneagles dan Parkway East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >