Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 bagi penduduk Sumang Walk

Jun 09, 2021 | 05:30 AM



PENDUDUK yang tinggal di Blok 325A Sumang Walk di Punggol mula menjalani ujian wajib bagi Covid-19 dalam satu operasi khas selepas lapan kes jangkitan dikesan di blok itu.



Ujian berjalan secara teratur di sebuah ruang di kawasan blok itu semalam, menurut laporan The Straits Times (ST).



Penduduk blok itu diminta menjalani ujian oleh Kementerian Kesihatan (MOH) selepas lapan kes jangkitan Covid-19 dari tiga keluarga dikesan di Blok 325A.



Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Dr Janil Puthucheary, memberitahu media bahawa seramai 361 penduduk dari 124 rumah akan menjalani ujian.



Penduduk kelihatan tenang setelah dimaklumkan tentang operasi ujian itu, tambah beliau.



"Mereka bukan hanya tenang, tetapi ramai yang juga menawarkan diri untuk membantu dan ini sangat baik," kata Dr Janil, yang juga Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan).



Sehingga 12 tengah hari semalam, 230 penduduk dan pengunjung Blok 325A Sumang Walk telah diuji bagi Covid-19 dan kesemua keputusannya sedang dinantikan, kata MOH.



Antara penduduk pertama yang menjalani ujian swab itu ialah Encik Muhammad Jalaluddeen, 29 tahun.



Beliau keluar dari kawasan ujian swab pada sekitar 9.20 pagi.



"Ujian swab itu sedikit tidak selesa tetapi ia hanya beberapa saat," kata Encik Jalaluddeen yang telah menetap di Blok 325A Sumang Walk selama sekitar dua tahun.



Ia kali pertama beliau menjalani ujian swab.



Beliau, yang bekerja di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), berkata proses ujian swab itu cekap dan pantas.



"(Mengetahui ada kes di blok ini) agak membimbangkan, tetapi saya pasti pihak berkuasa sedang mengambil langkah-langkah demi memastikan kami selamat.



"Mereka mungkin akan menemui beberapa kes, tetapi saya berharap mereka tidak mengalami gejala. Dengan vaksin sedia ada, saya harap semua orang okay," tambah beliau.



Seorang lagi penduduk Punggol, suri rumah Cik Nurul Ashikin Hassan, 30 tahun, menjalani ujian swab itu bersama suaminya.



Mereka tinggal di Blok 323D yang terletak bersebelahan tetapi telah mengunjungi pak cik Cik Ashikin di Blok 325A sebelum ini antara 10 Mei dengan 5 Jun lalu.



"Ia proses yang sangat lancar, dan mereka memberi isyarat kepada kami ke arah mana untuk pergi (bagi ujian)," kata beliau.



Antara lapan kes yang dikesan di Blok 325A Sumang Walk itu ialah seorang pelajar Sekolah Perempuan Paya Lebar Methodist berusia 13 tahun yang disahkan dijangkiti Covid-19 pada 5 Jun lalu.



Pelajar itu merupakan kes yang tiada kaitan dengan kes dilaporkan sebelum ini, dan telah diuji bagi Covid-19 selepas kehilangan deria baunya.



Empat kes lain di blok Sumang Walk itu telah dikesan bulan lalu dan dikaitkan dengan kelompok Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Mereka semua ahli keluarga.



Mereka termasuk seorang wanita Indonesia berusia 45 tahun yang bekerja di Clean Hub Facility sebagai pekerja pembersihan di EuHabitat, lelaki warga Singapura berusia 63 tahun yang bekerja di Certis Cisco sebagai pegawai keselamatan penerbangan di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, dan dua pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah berusia lapan dan 14 tahun.



Baki tiga kes di blok itu ada kaitan dengan kelompok melibatkan seorang suri rumah berusia 28 tahun yang dikesan dijangkiti Covid-19 pada 20 Mei lalu.



Anggota keluarga wanita itu yang turut terkena jangkitan ialah seorang lelaki berusia 29 tahun yang bekerja di Slide and Hide System, dan seorang budak lelaki berusia satu tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >