Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 dua minit bagi staf lapangan terbang

Jun 12, 2021 | 05:30 AM



UJIAN pernafasan atau breathalyser yang boleh mengesan dalam masa dua minit sama ada seseorang dijangkiti Covid-19 akan digunakan secara berperingkat bagi menguji pekerja lapangan terbang dalam peranan berisiko lebih tinggi.



Ujian tersebut telah mendapat kelulusan awal untuk digunakan, menurut maklumat di laman web Penguasa Sains Kesihatan (HSA)



Antara lain, penggunaan ujian baru itu dijangka membolehkan pengujian staf di lapangan terbang secara lebih kerap, selain mempercepat usaha mengesan serta mengasingkan kes Covid-19 yang disyaki dalam kalangan masyarakat lapangan terbang.



Ujian pernafasan itu menggantikan ujian pantas antigen (ART) yang perlu diambil kakitangan lapangan terbang yang berisiko tinggi, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG).



Untuk menjalani ujian pernafasan itu, kakitangan perlu meniup ke dalam breathalyser pakai buang yang dimuatkan dengan cip sensor.



Analisis spektroskopi kemudian dilakukan dan boleh mengesan sama ada ada seseorang dijangkiti virus Covid-19 dalam masa dua minit, berbanding tempoh sekitar 20 minit yang diperlukan bagi ART




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >