Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:12
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Ujian Covid-19 percuma bagi individu yang kunjungi tiga cawangan KTV, berinteraksi dengan pelayan Vietnam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ujian Covid-19 percuma bagi individu yang kunjungi tiga cawangan KTV, berinteraksi dengan pelayan Vietnam

Jul 13, 2021 | 12:03 AM

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) sedang menyiasat jangkitan Covid-19 dalam kalangan sekumpulan pelayan warga Vietnam yang telah mengunjungi kelab KTV yang kini beroperasi sebagai kedai makanan dan minuman.

Kontak dekat mereka juga sedang dipantau, kata MOH dalam satu kenyataan pada Isnin (12 Julai).

"Untuk mengesan dengan pantas sebarang kes jangkitan dalam masyarakat, kami akan melakukan operasi pengujian khas bagi semua kakitangan Supreme KTV (Pusat Beli-belah Far East), Empress KTV (Pusat Beli-belah Tanglin) dan Club Dolce (Balestier Point)," kata MOH.

Ia menambah bahawa ujian Covid-19 percuma itu akan diberikan juga kepada orang awam yang telah mengunjungi tiga cawangan itu atau sebarang kelab serupa yang beroperasi sebagai cawangan makanan dan minuman.

Mereka yang berinteraksi dengan pelayan-pelayan Vietnam itu antara 29 Jun dengan hari ini juga boleh menjalani ujian percuma tersebut.

Sementara itu, MOH berkata terdapat dua kelompok Covid-19 baru hari ini.

Tiga kes dikesan dalam kelompok pertama dan empat kes dalam kelompok kedua.

Lapan kes jangkitan dalam masyarakat juga dilaporkan hari ini, tiga daripadanya tiada kaitan dengan kes-kes sebelumnya.

Terdapat 18 kes import, menjadikan bilangan keseluruhan kes Covid-19 baru yang dilaporkan hari ini sebanyak 26. - The Straits Times

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3