Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26

Ujian Covid-19 skala besar, lebih kerap bakal jadi sebahagian norma baru: PM Lee

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Ujian Covid-19 skala besar, lebih kerap bakal jadi sebahagian norma baru: PM Lee

May 31, 2021 | 05:25 PM

UJIAN Covid-19 bukan hanya akan dilakukan bagi kes baru yang disyaki, bahkan akan menjadi lebih kerap atau rutin, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Untuk mengasingkan mereka yang dijangkiti serta kontak dekat mereka secepat mungkin sebelum virus tersebut merebak, ujian perlu dilakukan dengan lebih bebas dan meluas, jelas Encik Lee.

"Kita juga akan menguji secara rutin dan kerap mereka yang tampak sihat, dalam suasana kerja, sosial atau masyarakat biasa, untuk memastikan tempat-tempat ini selamat," katanya.

Ujian meluas seperti itu akan memberi Singapura keyakinan meneruskan acara atau perjumpaan berskala lebih besar, seperti khidmat keagamaan, permainan bola sepak, konsert dan majlis perkahwinan, kerana para peserta dapat rasa yakin bahawa acara-acara ini adalah selamat dari Covid-19.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3