Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 tambahan bagi pembantu warga asing, pengasuh anak

Feb 04, 2021 | 05:30 AM



PEMBANTU rumah asing (FDW) dan pengasuh anak yang tiba di Singapura Jumaat ini perlu menjalani ujian koronavirus tambahan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) semalam.



Mereka perlu menjalani ujian serologi setibanya di Singapura, selain ujian reaksi rantai polimerase (PCR) yang diwajibkan sejak 24 Januari lalu.



Ini akan membezakan pembantu asing yang telah pulih dari jangkitan Covid-19 berbanding kes aktif baru.



Mereka yang positif bagi antibodi dalam ujian serologi akan dilepaskan daripada Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), menurut MOM bagi mengurangkan kos kepada majikan yang perlu membayar SHN.



"Sama ada langkah ini akan memberi manfaat kepada majikan atau sebaliknya bergantung kepada perincian ujian dan statistik.



"Sekiranya ujian terlalu lama untuk diproses, maka penjimatan tidak banyak.



"Sekiranya ia dilakukan dalam jangka waktu yang singkat, misalnya lima hari, maka ia berupaya mengurangkan kos sekitar satu pertiga dari kos sekitar $1,500 yang perlu ditanggung majikan," kata Pengarah Urusan Universal Employment Agency, Cik Elizabeth Leong.



"Ia juga bergantung kepada bilangan amah asing yang positif antibodi.



"Sekiranya peratusan kecil seperti satu dari setiap 100, langkah ini tidak akan membantu 99 majikan yang lain," jelasnya lagi kepada akhbar The Straits Times.



Kos ujian bagi amah asing kini ditanggung majikan, sementara kos SHN boleh dikongsi agensi-agensi pekerjaan dan majikan, bergantung kepada aturan individu.



Pekerja asing dalam sektor binaan, marin dan proses (CMP) perlu menjalani PCR dan ujian serologi apabila tiba di Singapura sejak 18 Januari lalu.



Mereka yang mempunyai antibodi akan dikecualikan daripada SHN, rejim ujian tujuh hari dan ujian rutin yang dijadualkan, bagi mengurangkan gangguan kerja dan mengurangkan kos bagi majikan, kata MOM lagi.



MOM juga mengumumkan semalam bahawa pemegang permit kerja dan pemegang pas yang baru tiba di sektor binaan, marin dan proses diminta menjalani ujian rejim tujuh hari setelah SHN mereka tamat.



Syarat tambahan ini akan dikenakan bagi semua yang masih belum selesai tempoh SHN mereka pada 5 Februari, dan semua ketibaan baru mulai 5 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >