Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 wajib bagi pegerai di Pasar dan Pusat Makan Redhill

Jun 15, 2021 | 10:00 PM



SEMUA pegerai di Pasar dan Pusat Makan Redhill akan diwajibkan menjalani ujian Covid-19 setelah seorang yang dijangkiti didapati telah mengunjungi tempat tersebut.



Mengumumkan demikian pada Selasa (15 Jun), Anggota Parlimen bagi SMC Radin Mas Melvin Yong berkata, ia merupakan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka yang bekerja dan mengunjungi pusat kejiranan itu yang sering dikunjungi ramai orang.



Dalam kiriman di Facebook, Encik Yong berkata ujian itu dilakukan pada hari ini dan Rabu di sebuah pusat ujian sementara yang telah dibangunkan di Blok 84A Redhill Lane.



Encik Yong menambah bahawa beliau dan pengerusi Persatuan Pemilik dan Penjaja Kedai Bukit Merah telah melawat pusat ujian itu pada tengah hari tadi untuk melihat sendiri proses ujian serta untuk memberitahu pegerai situasi terkini.



Beliau berkata kebanyakan pegerai sudah pun menjalani ujian itu dan memberitahunya prosesnya tidak menyakitkan dan lancar.



Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pada Isnin bahawa Pasar dan Pusat Makan Redhill telah dikunjungi individu yang dijangkiti Covid-19 pada pagi antara 8 Jun dengan 10 Jun. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >