Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian Covid-19 wajib sekali lagi buat penduduk Blok 556 Ang Mo Kio Ave 10

Aug 07, 2021 | 09:29 PM



PENDUDUK Blok 556 Ang Mo Kio Avenue 10 perlu menjalani satu lagi ujian wajib Covid-19 setelah jangkitan baru dikesan di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkenaan.



Langkah itu diambil kurang seminggu selepas penduduk di situ diuji bagi Covid-19 pada 1 Ogos.



Pusingan awal ujian itu bermula apabila tujuh kes Covid-19 dikesan dalam lima isi rumah di blok itu.



Sejumlah 532 orang diuji pada 1 Ogos dan 11 lagi kes positif Covid-19 dikesan hasil daripada ujian tersebut.



Kementerian Kesihatan (MOH), dalam kenyataannya pada Sabtu (7 Ogos), berkata pusingan ujian terkini diperlukan bagi mengesan kes yang masih lagi menyebabkan inkubasi virus sewaktu pusingan pertama ujian dan demi mengekang penularannya dalam masyarakat.



Penduduk di blok itu perlu ke pusat pemeriksaan serantau di bekas premis Sekolah Rendah Da Qiao di Ang Mo Kio Street 54 bagi menjalani ujian berkenaan.



Ia akan dikendalikan pada Ahad antara 9 pagi dengan tengah hari serta antara 1 petang dengan 4 petang.



Mereka yang diuji negatif Covid-19 mulai Khamis (5 Ogos) dan hari-hari selepas itu boleh memilih untuk menjalani ujian ini ataupun tidak.



Risalah yang diedarkan dan pesanan SMS telah dikirimkan kepada penduduk bagi memberi mereka lebih banyak maklumat, kata MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >