Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ujian dipertingkat untuk kesan kes Omicron dalam kalangan pengunjung VTL ke S'pura dilanjut 4 minggu

Sehingga 30 Disember, 685 daripada 912 kes import Omicron dikesan daripada ujian dipertingkat bagi pengunjung VTL
Dec 31, 2021 | 08:28 PM



REJIM ujian dipertingkat bagi mengesan kes import Omicron dalam kalangan pengunjung yang tiba ke Singapura menerusi Laluan Perjalanan Orang Yang Divaksin (VTL) akan dilanjutkan bagi tempoh tambahan empat minggu lagi  melihat pada keberkesanannya mengesan kes dan mengurangkan jangkitan mendatang.



Langkah ini adalah antara perkembangan terkini mengenai langkah sempadan yang didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Jumaat (31 Disember).



Menurut MOH, apabila varian pencetus keprihatinan Omicron wujud secara global, Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian telah mengumumkan rejim ujian dipertingkat buat pengunjung yang tiba ke Singapura menerusi VTL bagi mengurangkan risiko penyebaran Omicron ke negara ini.



Sehingga 30 Disember, MOH telah mengesan 912 kes import Omicron, dengan 685 kes dikenal pasti menerusi rejim ujian dipertingkat bagi pengunjung VTL.



"Kami sebelum ini mengumumkan bahawa semua pengunjung VTL harus menjalani ujian Covid-19 hingga hari ketujuh ketibaan mereka dan harus berpandukan secara tegas rejim ujian dipertingkat ini untuk empat minggu pertama-tama sekali (hingga 2 Januari 2022).



"Peningkatan ini terbukti berkesan dalam mengenal pasti kes import Omicron dalam kalangan pengunjung VTL dan mengurangkan sebaran jangkitan lanjutan. Kerana itu, kami akan memperluas rejim ujian dipertingkat bagi tambahan lagi empat minggu dan akan menyemaknya sedang situasi ini berubah," kata kenyataan itu lagi.



Menurutnya lagi jika sebelum ini semua pengunjung bukan dari laluan VTL yang memasuki Singapura perlu menjalani ujian ketibaan (OAT) bagi mengesan kes Omicron awal, ketetapan ini tidak lagi diperlukan.



Peraturan awal dikatakan dibuat kerana varian itu baru dengan MOH ingin mengkajinya lebih lanjut lagi. Bagaimanapun, lebih banyak maklumat mengenai varian Omicron sudah diperolehi dengan MOH menilai lebih lanjut OAT bagi pengunjung bukan dari laluan VTL yang kesemuanya perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh atau 10 hari, sama ada di kediaman mereka atau di kemudahan khusus.



Sebagai tambahan, pengunjung ini juga perlu menjalani ujian Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) pada penghujung SHN dan perlu diuji negatif sebelum mereka dibenarkan tamatkan tempoh SHN lantas mengurangkan risiko jangkitam lanjutan.



MOH menjelaskan, mulai 7 Januari (11.59 malam, waktu Singapura), semua pengunjung bukan dari laluan VTL yang memasuki Singapura dari negara Kategori II (bukan VTL), III dan IV tidak lagi diperlukan menjalani ujian PCR Covid-19 sejurus tiba di sini.



Namun, pengunjung bukan dari laluan VTL yang memasuki Singapura dari Hong Kong, Macao, China dan Taiwan masih perlu menjalani ujian PCR sewaktu ketibaan kerana mereka tidak perlu menjalani SHN.



"Sedang situasi global berubah, kami akan terus mengubahsuai langkah sempadan sejajar dengan peta laluan untuk menjadi negara berdaya bingkas Covid-19," kata MOH. 



Senarai penuh Laluan Perjalanan Selamat bagi kunjungan ke Singapura dan langkah sempadan yang sedia ada di bawah setiap laluan bagi kategori berbeza dan perubahan pada langkah sempadan akan dikemaskinikan di laman SafeTravel.



Tidak semua laluan boleh memanfaatkan rangka kerja langkah kesihatan Kategori I/II/III/IV. Pengunjung dinasihati agar mengunjungi laman SafeTravel ini bagi memeriksa langkah sempadan terkini untuk negara atau rantau mereka yang diperlukan bagi memasuki Singapura serta bersiap sedia untuk berpandukan langkah sempadan yang ada sejurus memasuki negara ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >