Ujian guna telefon bijak tempah kenderaan autonomi di Sentosa

MULAI tahun depan, pengunjung ke Sentosa boleh menggunakan telefon bijak mereka untuk mendapatkan khidmat kenderaan ulang alik yang akan membawa mereka keliling pulau tersebut.

Percubaan yang akan berlangsung selama tiga bulan itu akan menyaksikan empat kenderaan - dua bas mini yang boleh memuatkan 22 orang dan dua kenderaan yang boleh memuatkan 15 orang - membawa kakitangan dan pelancong sepanjang laluan lima kilometer di pulau itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan