Ujian khas buat pekerja Jewel, Terminal 3 Changi susuli 3 kes Covid-19: MOH, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Ujian khas buat pekerja Jewel, Terminal 3 Changi susuli 3 kes Covid-19: MOH

Jan 26, 2021 | 11:20 PM

SEBAGAI langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan (MOH) akan mengendalikan operasi ujian khas buat kakitangan yang bekerja sejak 31 Disember lalu di pusat beli-belah Jewel Changi Airport serta kedai barangan dan makanan yang dibuka kepada awam di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi.

Dalam kenyataannya pada Selasa malam (26 Januari), MOH berkata, langkah itu diambil setelah proses penjujukan genom dan analisis filogenetik yang dikendalikan Makmal Kesihatan Awam Nasional menunjukkan bahawa tiga kes yang dilaporkan sebelum ini, telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin berkaitan.

Siasatan epidemiologi juga mendedahkan dua kes berkenaan mengunjungi Jewel Changi Airport pada 31 Disember 2020 antara 2.35 petang dengan 9.50 malam. Mereka merupakan suami isteri dengan si suami bertugas di Persatuan Pengakap Singapura manakala isterinya pula pekerja bank OCBC di cawangan Tampines Centre One.

Baki satu kes pula berada di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi pada hari yang sama antara 7.48 malam dengan 8.49 malam. Beliau merupakan pemegang permit kerja yang bertugas di restoran Azur di Hotel Crowne Plaza Changi Airport. 

Sementara itu, dalam kalangan 14 kes import jangkitan Covid-19 yang baru dikenal pasti, dua daripadanya adalah warga Singapura manakala seorang pula adalah Penduduk Tetap (PR) Singapura yang pulang dari Russia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dua kes pula adalah pemegang pas tanggungan dari India dan Portugal manakala dua lagi kes adalah pemegang pas kerja dari India.

Enam pemegang permit kerja yang tiba dari Bangladesh, India dan Indonesia juga dikenal pasti sebagai positif Covid-19. Salah seorang daripadanya adalah pembantu rumah asing.

Satu kes pula adalah pemegang pas lawatan jangka pendek yang datang dari India bagi mengunjungi anaknya, seorang PR Singapura.

Semua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN.

Sementara itu, MOH menambah 20 lagi kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. Keseluruhannya, 59,086 kes sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan ini.

Terdapat 50 kes lagi masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

 

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map